Kucing Boleh Alami 'Stres Misai'? 8 Fakta Menarik Mengenai Misai Kucing - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kucing Boleh Alami ‘Stres Misai’? 8 Fakta Menarik Mengenai Misai Kucing

Avatar
Share
Misai Kucing

Misai kucing adalah salah satu organ yang paling penting pada si bulus dan membantu kucing untuk menjalani aktiviti hariannya.

Ianya sangat sensitif dan bertindak sebagai deria utama buat kucing. Misai boleh membantu kucing yang buta untuk mengesan keadaan di sekitarnya dan membantunya bergerak tanpa berlanggar dengan objek sekitar.

Disebabkan itulah misai sangat penting dan adalah dilarang sama sekali untuk memotong atau mencabut misai kucing.

Berikut adalah 8 fakta menarik mengenai misai kucing:

1. Misai Lebih Tebal Daripada Bulu Badan

Saiz misai kucing adalah dua atau tiga kali ganda lebih tebal daripada bulunya dan bulu di bahagian atas matanya adalah sama dengan misai. Kucing juga mempunyai bulu yang sama di bahagian belakang kakinya.

 

2. Jumlah Misai Kucing Adalah Sama Di Kedua-dua Belah

Kebiasaannya, kucing mempunyai 12 set misai di kedua-dua belah mukanya, tetapi ada yang mempunyai lebih.

 

3. Misai Adalah Sangat Sensitif

Berbeza dengan bulu manusia, misai kucing berhubung dengan sistem sarafnya. Hujung misainya dilengkapi dengan organ deria dipanggil proprioceptor yang membantu kucing untuk menentukan jarak, arah dan tekstur permukaan objek.

 

4. Misai Boleh Bergerak

Misai kucing bersambung dengan bahagian ototnya yang membolehkan kucing untuk menggerakkannya.

5. Kucing Boleh Alami ‘Stres Misai’

Jika bekas makanan atau minuman kucing terlalu kecil, ia boleh menyebabkan tekanan ke bahagian sensitifnya dan boleh menyebabkan ‘stres misai’. Jika anda dapati kucing anda mengambil makanan atau minuman keluar dari dalam bekas menggunakan kakinya, kemungkinan besar bekas yang anda gunakan terlalu kecil.

 

6. Panjang Misai Bergantung Kepada Saiz Badan Kucing

Panjang misai adalah sama dengan saiz badan kucing. Ini dapat membantu kucing untuk mengukur sama ada ia mampu memuatkan dirinya ke dalam ruang yang kecil.

 

7. Bulu Misai Yang Terdapat Di Bahagian Kaki Membantu Untuk Memburu

Ramai yang tidak perasan tentang perkara ini tetapi bulu sama yang terdapat di misai kucing juga terdapat di bahagian belakang kaki hadapannya. Fungsinya adalah untuk membantu kucing memanjat dan sangat penting ketika memburu. Ia bertindak seperti sepasang mata tambahan yang menentukan bahagian yang mana yang harus ia gigit untuk membunuh mangsa.

 

8. Misai Juga Gugur

Misai kucing juga tidak terkecuali daripada gugur. Tetapi anda tidak perlu risau kerana ia akan tumbuh semula seperti bulunya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!