9 Sebab Kenapa Kucing Adalah Haiwan Peliharaan Paling Purrfect! - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

9 Sebab Kenapa Kucing Adalah Haiwan Peliharaan Paling Purrfect!

Share

Tidak dapat dinafikan, kucing sememangnya adalah haiwan peliharaan yang paling popular di negara ini. Berbekalkan wajah yang comel dan telatah yang mencuit hati, agak sukar untuk tidak menyukai haiwan comel ini.

Tetapi tahukah anda, kajian demi kajian menunjukkan mengapa kucing boleh dianggap haiwan peliharaan terbaik bagi manusia. Berikut adalah 9 sebab mengapa kucing adalah haiwan peliharaan paling purrfect:

1. Kucing mempunyai ikatan terhadap tuannya sama seperti anjing

Berbanding anjing yang digelar “man’s best friend”, kucing sentiasa dikatakan sebagai haiwan yang tidak begitu hiraukan pertalian dengan tuannya. Namun, kajian yang dilakukan oleh Oregon State University menunjukkan bahawa kucing mempunyai perasaan dan ikatan kepada tuannya sama seperti apa yang dirasakan oleh anjing, cuma cara ia menunjukkannya sedikit berbeza.

2. Kucing lebih suka bermanja dengan tuannya berbanding makanan

Kucing juga mempunyai stereotaip bahawa mereka hanya endah tentang tuannya ketika ia mahu makan, tetapi kajian yang dilakukan oleh universiti yang sama pada 2017 menunjukkan bahawa kucing lebih suka berinteraksi dan bermanja dengan manusia berbanding makanan. Menurut kajian tersebut “interaksi sosial adalah aktiviti yang paling digemari oleh kucing, diikuti oleh makanan.”

3. Kucing mampu kurangkan risiko serangan jantung atau strok

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara memiliki kucing dan mengurangkan tahap stress. Pemilik kucing mempunyai 30% kurang risiko mati daripada serangan jantung atau strok berbanding mereka yang tidak memiliki kucing.

4. Kucing kenal nama mereka, sama seperti anjing.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh “Scientific Reports“, penyelidik mendapati bahawa kucing dapat mengenalpasti nama mereka dan membezakan antara nama mereka dan perkataan lain. Kajian tersebut juga melihat bagaimana kucing memberi respon apabila nama mereka dipanggil.

5. Ikatan antara kucing dan tuannya sama seperti ikatan antara dua manusia

Kajian oleh University of Vienna pada 2011 menunjukkan bahawa kucing boleh mempunyai hubungan bersama tuannya sama seperti hubungan antara manusia. Penyelidik menganalisa hubungan antara 41 ekor kucing dan tuan mereka dan mendapati bahawa mereka saling mempengaruhi, dan kadang-kala mengawal tingkah laku masing-masing.

6. Bunyi purr kucing adalah terapi yang sangat baik bagi tubuh anda

Bunyi purr yang dikeluarkan kucing adalah bagus untuk kesihatan tulang, tendon dan otot manusia. Bunyi purr kucing mempunyai jurang frekuensi antara 25 – 140 Hz, iaitu frekuensi yang mampu menggalakkan penyembuhan tulang yang patah, dan dapat membantu memperbaiki kesihatan tendon dan otot manusia.

7. Kucing mampu memahami perasaan tuannya

Kucing

Satu kajian yang dilakukan oleh Oakland University mendapati bahawa kucing menunjukkan reaksi yang berbeza ketika tuannya tersenyum dan berkerut. Apabila tuannya tersenyum, kucing akan menunjukkan tingkahlaku yang positif seperti purr, menggosokkan badan mereka dan duduk di riba tuannya.

8. Kucing mengikuti personaliti tuannya

Kajian oleh University of Lincoln dan Nottingham Trent University terhadap 3,000 pemilik kucing pada tahun 2019 menunjukkan bahawa personaliti kucing dipengaruhi oleh personaliti tuannya. Salah seorang penyelidik, Dr. Lauren Finka berkata: “Ramai pemilik menganggap haiwan peliharaan seperti keluarga mereka. Tidak hairanlah haiwan peliharaan kita mampu dipengaruhi dengan cara kita berinteraksi dengan mereka.

9. Menonton video kucing mampu memberi kesan positif

Hanya dengan menonton video kucing sahaja sudah mampu memberikan aura positif ke dalam diri anda. Sebuah kajian yang dilakukan pada 2015 mendapati bahwa menonton video kucing yang comel dan lucu dan mempengaruhi mood seseorang. Majoriti responden dalam kajian berkenaan mengatakan bahawa mereka dapat merasakan perasaan positif dan lebih bertenaga.

[Sumber: Insider]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!