Adakah Kucing Berisiko Diserang Virus Corona? Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Adakah Kucing Berisiko Diserang Virus Corona?

Share

Ya, kucing boleh diserang virus Corona. Tetapi, ia bukanlah virus Corona yang sama seperti apa yang sedang melanda ketika ini dan ia tidak boleh berjangkit kepada manusia.

Bukan hanya kucing sahaja, bahkan banyak lagi haiwan yang berisiko untuk diserang virus Corona seperti burung (avian coronavirus), khinzir (porcine coronavirus), lembu (bovine coronavirus), kuda (equine coronavirus) dan anjing (canine coronavirus).

Menurut presiden EcoHealth Alliance, Peter Daszak yang mengkaji mengenai asal usul virus, jangkitan daripada haiwan adalah tidak mustahil, tetapi hanya jika kita berkongsi reseptor yang sama di permukaan sel.

Jika sesuatu virus daripada haiwan mampu untuk bercantum dengan reseptor sel manusia, ia akan menyebabkan berlakunya penyebaran virus tersebut.

Menurutnya, manusia berkongsi reseptor yang sama dengan kelawar, yang dikatakan punca kepada virus Corona yang melanda ketika ini – kemungkinan ia menjadi penyebab kepada penyebaran virus tersebut.

Tetapi kucing, anjing dan juga manusia adalah berlainan dan setakat ini, masih belum terdapat kes mana-mana haiwan peliharaan yang dijangkiti oleh virus tersebut.

Apabila kucing diserang virus Corona, ia mungkin akan menunjukkan simptom seperti selsema atau tidak menunjukkan apa-apa simptom langsung.

Tetapi, dalam 5 hingga ke 10% kucing yang diserang, virus tersebut boleh bermutasi dan mampu menyebabkan penyakit Feline Infectious Peritonitis – yang kebiasannya sangat bahaya untuk kucing.

Disebabkan itu anda harus peka dengan kesihatan kucing anda dan membawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Virus Corona antara haiwan-haiwan lebih mudah berpindah kerana gennya mampu bertukar-tukar antara haiwan.

Menurut Dr. Niels C. Pedersen daripada UC-Davis, virus Corona daripada kucing, contohnya, mempunyai gen daripada virus Corona anjing dan khinzir. Pertukaran gen ini berlaku apabila virus berkenaan berjangkit kepada haiwan-haiwan yang sama sekaligus.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!