Adakah Supplemen Penting Dan Menjaga Kesihatan Dalaman Si Bulus? - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Adakah Supplemen Penting Dan Menjaga Kesihatan Dalaman Si Bulus?

Avatar
Share

Perlu atau tidak supplemen seperti vitamin dan nutrien demi kesihatan yang berterusan untuk si bulus anda? Jawapannya ya dan tidak. Anda boleh meletakkan sekali supplemen ini kepada makanan harian kucing anda tetapi ada sesetengah makanan yang tidak boleh dicampur. Hal ini disebabkan, apabila supplemen dicampurkan ke dalam makanan yang sudah cukup nutriennya maka boleh berubah menjadi toksik kepada badan kucing nanti.

Oleh itu, jika anda telah membuat keputusan untuk membeli supplemen khas untuk kucing anda, amat disarankan untuk berjumpa dahulu dengan mana-mana pakar ataupun veterinar yang berdekatan dengan anda serta mempunyai ilmu yang luas mengenai supplemen kucing. Hal ini disebabkan mereka lebih mahir soal ubat-ubatan yang sesuai dengan kondisi kucing anda. Ini untuk memastikan tiada masalah komplikasi terhadap kucing anda akibat mengambil supplemen yang tidak bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis supplemen yang dijual di pasaran iaitu Glucosamine dan Chondroitin. Supplemen yang mengandungi kandungan ini berfungsi dalam merawat masalah arthritis dan melindungi sendi kucing anda. Supplemen ini amat sesuai bagi kucing yang sudah semakin meningkat usia ataupun kepada kucing yang mempunyai masalah sendi. Justeru itu, lebih baik berjumpa dengan veterinar untuk memeriksa supplemen yang anda beli sebagai langkah berjaga-jaga.

Seperti juga manusia, kucing boleh mengalami dehidrasi akibat muntah berlebihan kerana kehilangan air dan garam galian dari tubuh. Sekiranya ia turut disertai dengan diarrhoea, dehidrasi amat pantas berlaku, dan kita perlu membawa kucing untuk rawatan lanjut jika muntah berterusan hampir 24 jam, tanda-tanda dehidrasi berlaku atau jika muntah berulang2.

Bagi meningkatkan imunisasi melawat diarrhea, saranan pengambilan suplemen DigeStrong adalah amat digalakkan. Adakah DigeStrong bermanfaat untuk kucing anda? DigeStrong dapat melegakan ketidakselesaan saluran pencernaan dalam 3 hingga 5 hari. Penjagaan jangka panjang menyokong saluran pencernaan dan sistem imun yang sihat.

DigeStong adalah produk semula jadi yang selamat dan tidak timbul masalah kesan sampingan selepas mengambil suplemen ini dan ia boleh diambil untuk rawatan jangka panjang. Tetapi sekiranya keadaan sibulus anda tidak bertambah baik selepas 5 hari, bawalah ia segera ke hospital.
DigeStrong adalah produk probiotik yang direka khas untuk penjagaan saluran GI kucing. Setiap kapsul mengandungi lebih dari 1 bilion probiotik hidup, dan ditambah dengan taurin dan vitamin B kompleks. Ia boleh melepasi jus gastrik dan hempedu dengan selamat untuk sampai ke usus.

Kelebihan Digestrong ialah dimana ia meningkatkan populasi bakteria baik dan mengurangkan bakteria yang boleh menurunkan kadar kesihatan sib ulus anda. Ia juga membina mikrobiota yang sihat dan mengurangkan masalah saluran gastrik seperti diarrhea.

Kebaikan lain adalah menggalakkan pergerakan usus, mencegah sembelit serta dengan bantuan kandungan taurine mampu menjaga fungsi fizikal kucing anda untuk terus sihat.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!