Ah Fei, Kucing Dengan Wajah 'Over-Dramatic' Yang Lucu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Ah Fei, Kucing Dengan Wajah ‘Over-Dramatic’ Yang Lucu

Share

Seperti yang kita tahu, kucing mempunyai banyak ragam dan perangai. Ada yang lucu dan ada juga yang boleh membuatkan kita geram. Namun, kerana tingkah laku kucing lah yang boleh membuatkan kita bahagia.

Begitu juga dengan  Ah Fei, seekor kucing yang berasal dari Jiang Su, China yang telah berjaya menambat hati netizen dengan reaksi mukanya yang ‘over’ dan dramatik. Ah Fei yang bermaksud ‘gemuk’ dalam mandarin ialah seekor kucing yang comel dan kelakar, ia juga amat sukakan makanan.

Walaupun Ah Fei merupakan seekor kucing yang pemalas, ia aktif dan suka bermain pelbagai jenis mainan yang tuannya. Tang Chang, hulur kepadanya.

Kerana wajahnya, siapa-siapa yang pertama kali melihatnya pasti ingat Ah Fei merupakan seekor kucing yang sentiasa berada di dalam ketakutan, stress dan sentiasa kecewa.

Oleh kerana Ah Fei telah menambat hati netizen, ia mempunyai peminat yang tersendiri dan ada yang melukis Ah Fei sebagai tunjuk minat mereka. Walaupun wajahnya kelihatan mudah marah, Ah Fei hidup dengan tenang dan bahagia bersama tuannya yang penyayang.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!