Aksi Kucing Ini Nak Ikut Tuannya Naik Motor Cuit Hati Netizen
Share

Siapa sangka kucing juga tahu erti penat berjalan dan pandai menggunakan kenderaan untuk bergerak ke tempat lain. Itulah yang berlaku dalam video yang dikongsi Ajid A Wahab di media sosial Facebook.
Dalam video yang dikongsinya, kucing berkenaan sudah bersedia di depan halaman rumah menunggu tuannya yang sedang membawa keluar motosikal.
Sebaik sahaja motosikal sudah berada di luar rumah, kucing tersebut terus melompat ke dalam bakul di bahagian hadapan tetapi tuannya meletakkannya di tempat duduk belakang untuk memberi ruang kepada anak kecil.
Walaupun duduk di bahagian belakang, kucing tersebut tetap ‘steady‘ bersiar-siar menaiki motor.