3 Keunikan Lidah Kucing yang Ramai Tak Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Keunikan Lidah Kucing yang Ramai Tak Tahu

Avatar
Share

Kalau anda perasan kucing kalau mereka sedang mandi mereka pasti akan menjilat badan mereka menggunakan lidah kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri dan ramai tak tahu.

Jadi penulis ingin memberi sedikit informasi mengenai keunikan lidah kucing dan fungsinya untuk mereka.

1. Tekstur Lidah Kucing

Jika anda perhatikan dengan betul-betul lidah kucing mempunyai tekstur yang agak kasar berbanding dengan lidah manusia.

Ini kerana lidah mereka mempunyai duri halus yang dipanggil sebagai filiform papillae yang diperbuat daripada keratin. Ianya sangat halus dan sesuai untuk digunakan oleh kucing ketika makan dan mandi.

Kucing, Lidah Kucing, Menjilat, Tangan

2. Alat Grooming

Lidah mereka merupakan sebuah alat grooming yang terbaik ketika mereka sedang mandi. Ini kerana ia berfungsi menyingkirkan segala bulu-bulu yang gugur di badan mereka dan mengumpulkannya. Ia membantu para kucing untuk membersihkan diri dengan betul dan memastikan kesihatan serta kebersihan tubuh badan mereka terjaga.

Kucing, Cuci, Yoga, Candi, Kehancuran

3. Tidak Boleh Bezakan Rasa

Kucing merupakan haiwan yang tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan rasa sesbuah makanan yang dimakan. Ini kerana lidah mereka tiada indera perasa seperti manusia. Lidah mereka lebih tertarik kepada tekstur makanan itu sendiri berbanding rasanya.

Kucing, Anak Kucing, Makan, Lucu, Lezat

Itu antara keunikan yang dimiliki oleh lidah kucing yang pastinya ramai kurang tahu atau mungkin tidak tahu.

[Sumber: Iman5060.Blogspot]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!