3 Petua Halang Kucing Dari Bergaduh );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Petua Halang Kucing Dari Bergaduh

Share

Kepada pemilik kucing yang memiliki jumlah kucing yang agak banyak mesti sering menghadapi masalah kucing bergaduh.

Selalunya yang bergaduh adalah kucing jantan tidak kira dewasa atau masih muda dan yang selalu memulakan pergaduhan adalah kucing yang pertama paling tua.

Mungkin mereka merasa bahawa kawasan mereka dicerobohi dan terdapat ancaman dari kucing yang tidak dikenali.

Kucing, Nyasar, Matahari Terbenam, Alam

Apa yang boleh anda buat untuk menghalang mereka dari bergaduh ketika berselisih ialah:

1. Berkenalan Secara Berperingkat

Bagi kucing yang sudah biasa duduk di dalam rumah dan yang paling tua selalunya mereka merasa bahawa tuan mereka hanya menyayangi mereka sahaja.

Tetapi jika terdapat kucing baru yang hendak tidur atau bermain di dalam rumah, anda boleh memperkenalkan mereka secara berperingkat.

brown tabby cat on black concrete floor

Sediakan jadual atau waktu mereka boleh berjumpa atau sediakan sangkar dan asingkan mereka pada waktu-waktu tertentu.

Pada peringkat permulaan sebolehnya asingkan tempat makan minum dan litter box mereka.

Kucing yang dewasa akan tiada selera untuk makan jika tempat mereka terdapat kucing bau lain.

Jika lama-kelamaan mereka sudah bermesra dan boleh bersapa anda boleh satukan mereka dan barangan mereka.

2. Hadkan Pandangan

Pastikan kucing anda tidak berjumpa selalu atau berselisih ketika mereka dalam fasa perkenalan.

Ini kerana mereka masih di dalam mode bersedia untuk menyerang sebarang ancaman berdekatan mereka.

orange tabby cat in close up photography

Namun perkara ini juga sering terjadi apabila kucing anda berjumpa kucing liar yang ceroboh masuk.

Ini sangat penting kerana risau boleh mendatangkan masalah lain.

Anda boleh tutup pintu dan tingkap jika merasakan kucing anda dalam keadaan tidak selesa dan alihkan pandangan mereka.

3. Hentikan Pergaduhan

Jika kucing anda sudah mulakan pergaduhan sesama mereka atau dengan kucing liar, jangan anda sendiri hendak leraikan mereka dengan tangan kosong.

Cakaran kucing sangat bahaya takut anda pula terkena kuman dan penyakit lain.

Cara yang paling efektif ialah leraikan mereka dengan semburan air atau bunyi yang kuat.

black and white cats near gray post

Ini kerana mereka akan terkejut dan lari bertempiaran atau anda boleh mengambil penyapu dan menyergah mereka.

Jika kucing anda bergaduh sesama sendiri leraikan dan asingkan mereka di dalam sangkar tetapi jika bergaduh dengan kucing liar anda perlu ambil kucing anda dengan segera kerana takut kucing anda mengejar kucing liar tersebut.

Diharapkan petua ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah kucing bergaduh dan tidak mahu membuat bising di kawasan kejiranan.

[Sumber: Cats Wonderland]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!