3 Sebab Kenapa Kucing Kesayangan Anda Lari Dari Rumah );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Sebab Kenapa Kucing Kesayangan Anda Lari Dari Rumah

Share

Mesti ramai yang pelik kenapa kucing kesayangan mereka tiba-tiba hilang atau lari dari rumah tanpa kita tahu sebabnya.

Perkara ini sangat sedih seolah mereka tidak sayang akan kita lagi tetapi taukah anda mungkin perkara tersebut berlaku disebabkan tingkah laku pemilik kucing itu sendiri.

3 sebab kenapa mereka lari dari rumah ialah:

1. Kurang Perhatian

Sama seperti manusia, kucing juga cepat terasa jika kurang dapat perhatian dari tuan mereka seperti sebelumnya.

Mereka merasa seolah ditinggalkan dan tiada yang ingin memberi kasih sayang kepada mereka lagi.

Kucing, Kesedihan, Sedih

Perkara ini sering terjadi jika terdapat kucing yang lebih comel dan muda dari dia.

Anda sebagai pemilik kucing perlulah lebih pandai bahagikan masa antara mereka supaya tiada jurang yang wujud antara anda dan kucing anda.

2. Sakit Parah

Ini merupakan perkara yang paling penting kerana selalunya kucing yang lari dari rumah adalah kerana mereka sudah tahu “masa” mereka sudah sampai.

Mereka selalunya akan mencari tempat gelap dan jauh dari manusia dan tidur untuk selama-lamanya.

Kucing, Hewan Peliharaan, Anak Kucing

Ada yang kata mereka melakukan perkara tersebut kerana tak mahu tuan mereka sedih tetapi ada juga kajian yang menyatakan bahawa ketika mereka sakit mereka inginkan kedamaian dan tiada gangguan dari sesiapa.

3. Stres

Mereka mungkin amat rimas dan tertekan dengan suasana di dalam rumah anda dan mengambil keputusan lari dari rumah.

Mereka merasakan bahawa rumah tersebut tidak lagi selamat dan aman untuk mereka duduk jadi mereka keluar mencari tempat yang lebih aman.

Musim Gugur, September 1, Kesedihan

Sumber: Bobo.id

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!