Ketahui 3 Sebab Kucing Suka Buat Bunyi Bising Waktu Malam );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Ketahui 3 Sebab Kucing Suka Buat Bunyi Bising Waktu Malam

Avatar
Share

Pemilik kucing mesti pernah menghadapi masalah ini dimana kucing mereka suka buat bunyi bising pada waktu malam sehingga menggangu kita hendak tidur dan jiran tetangga.

Kadang-kadang rasa nak marah tetapi bila difikirkan balik mesti ada sebab kenapa mereka suka buat bising waktu malam, padahal mereka sudah tidur dengan jangka masa yang lama di siang hari.

Jadi mari kita bersama menyingkap persoalan kenapa mereka suka buat bising pada waktu malam:

1. Norma Kehidupan Kucing

Seperti yang penulis telah bincangkan di awal, kucing memang mempunyai kitaran tidur yang agak pelik iaitu mereka tidur pada jangka masa yang agak lama di siang hari.

Tetapi mereka akan aktif di malam hari seperti tiada hari esoknya. Hal ini disebabkan kerana norma kehidupan mereka yang semula jadi.

white and grey cat

Kucing merupakan haiwan krepuskular di mana mereka aktif pada waktu yang agak gelap dan sunyi merupakan waktu yang sesuai untuk mereka berburu.

Sebab itu kucing liar suka membuat bunyi bising pada waktu malam kerana mereka sedang mencari makan.

Manakala kucing yang dipelihara pula sudah menjadi sifat mereka untuk memburu didalam gelap kerana keupayaan mata mereka dan waktu itu juga mangsa pemburuan mereka aktif.

calico cat standing on grass field

2. Musim Mengawan

Di artikel sebelum ini, penulis ada mengulaskan bahawa apabila tiba musim mengawan, kucing akan membuat bunyi bising bagi menarik kucing berlainan jantina.

cat on window

Jadi sebab itu anda perlu memandulkan mereka agar mereka tidak membuat bunyi bising dan menggangu orang ramai.

3. Lapar

Antara sebab kerana mereka suka membuat bunyi bising ialah kerana mereka sedang lapar dan tiada makanan.

Selalunya kucing liar menghadapi masalah ini kerana tiada orang yang beri mereka makan dan mereka sedang menahan lapar.

Oleh itu anda perlulah meletakkan makanan yang secukupnya di luar jika mampu bagi mengurangkan masalah bunyi bising pada waktu malam.

black and brown cat

[Sumber: The Mamamiaow]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!