3 Sebab Kenapa Kucing Jantan Makan Anak Sendiri );

Type to search

3 Sebab Kenapa Kucing Jantan Makan Anak Sendiri

Cattiviti Haimeow

3 Sebab Kenapa Kucing Jantan Makan Anak Sendiri

Share

Kita sering mendengar tentang kucing betina yang makan anaknya tetapi anda jangan terkejut kalau kucing jantan juga kadangkala memakan anaknya sendiri disebabkan beberapa faktor.

Sebab itu jikalau kucing betina sudah melahirkan anak, mereka sering membawa lari anak-anaknya ke tempat gelap dan tertutup agar kucing jantan tidak menjumpai mereka.

Tetapi kucing jantan hanya menyerang dan memakan anak kucing yang baru dilahirkan dan jangkaan umur yang selamat adalah dalam 8 hingga 12 minggu untuk mereka berjumpa tetapi masih perlu berhati-hati.

Anak Kucing, Kucing, Licik, Hewan, Makro

3 Sebab kenapa kucing jantan menyerang dan memakan anak-anaknya adalah kerana :

1. Ancaman

Seperti yang semua pemilik kucing tahu, kucing jantan memang sudah menyediakan kawasan atau tempat jajahan mereka sendiri tidak kira di dalam rumah atau luar rumah.

Jadi mereka hanya membenarkan kucing-kucing betina yang mereka kenal dan sudah mengawan bersamanya sahaja masuk ke kawasan jajahannya.

Jadi jika mereka dapati ada identiti yang tidak dikenalpasti atau hidupan lain di kawasan mereka, mereka akan segera menyerang dan memakan mereka kerana ia dianggap sebagai satu ancaman bagi kucing jantan.

Kucing, Kucing Jantan, Maine Coon, Hitam

2. Bagaikan Seekor Singa

Kalau anda nak tahu, kelakuan kucing jantan sangat sinonim dengan kelakuan seekor singa jantan.

Mereka mempunyai sifat akan memakan anak kucing jantan kerana mereka tidak ingin kucing jantan lain di situ melainkan mereka sahaja.

Kucing, Kucing Jantan, Berambut Merah

3. Bau Yang Asing

Kucing mempunyai deria bau yang tajam dan hebat sehingga mereka boleh menghidu bau musuh mereka dari jauh.

Tetapi kucing jantan juga menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menghidu bau yang asing di kawasan mereka.

Terutama jika bau anak kucing mereka adalah bau kucing jantan jadi ianya sangat bahaya jika mereka menemui dan menyerang anak-anak kucing tersebut.

Nas, Kucing, Hewan Peliharaan, Russet

Perlu diingatkan bahawa tidak semua kucing jantan bertindak sebegitu rupa, ada kucing jantan yang baik dan sanggup menjaga anaknya. Cuma anda perlu lebih berhati-hati kerana kita masih kurang memahami corak kehidupan kucing.

[Sumber: The Mamamiaow]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!