3 Tips Untuk Anda Berkomunikasi Dengan Kucing Kesayangan );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Tips Untuk Anda Berkomunikasi Dengan Kucing Kesayangan

Avatar
Share

Pasti ramai pencinta kucing di luar sana teringin berkomunikasi dengan kucing kesayangan mereka dengan baik dan lebih dekat. Hal ini kerana selalunya kucing akan lebih banyak abaikan tuan mereka dan lebihkan tidur.

Tapi jangan risau, anda pencinta kucing boleh mencuba tiga tips ini untuk lebih mudah anda berkomunikasi dengan mereka.

Komunikasi di sini bukan sahaja melibatkan anda memahami bahasa tubuh badan mereka, tetapi komunikasi secara dua hala antara anda dan kucing anda.

1. Penggunaan Suara

Kalau anda nak tahu sebenarnya kucing faham apa yang kita cuba sampaikan atau arahkan pada mereka, tetapi mereka lebih suka untuk buat endah tak endah.

Wanita, Kucing, Hewan Peliharaan, Gadis

Jadi di sini anda boleh menggunakan nada suara anda untuk berhubung dengan mereka. Penggunaan suara di sini bermaksud anda membalas balik apa yang mereka sedang bualkan kepada anda.

Sebagai contoh, anda menggunakan suara bernada rendah untuk menujukkan anda sedang marah atau tidak senang dengan kelakuan mereka. Gunakan nada ini sekiranya mereka membuat perangai.

Mereka pasti akan faham walaupun anda perlu mengulanginya beberapa kali bagi mereka betul-betul faham.

woman in black and white shirt smiling beside white and black cat

Gunakan nada suara yang agak lembut dan tinggi jika anda ingin memuji atau jika ingin membuat mereka lebih rapat. Mereka akan senang dan suka dengan intonasi yang lebih tenang dan lembut kerana mereka merasa seolah disayangi.

Tapi janganlah gunakan suara yang terpekik atau kuat kerana mereka sangat benci bunyi yang kuat, takut mereka stres dan kemurungan. Ini boleh menambahkan perasaan negatif antara anda dan kucing anda.

2. Gunakan Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat di sini bukan bermaksud anda perlu pergi belajar bahasa isyarat khusus untuk kucing tetapi anda hanya perlu gunakan keadaan sekeliling sesuai dengan kefahaman kucing anda.

Gunakan anggota badan anda dan cuba berkomunikasi dengan kucing anda. Ianya pasti berjaya kerana mereka mungkin lebih faham dengan cara ini.

short-fur white cat

Sebagai contoh, jika anda ingin mereka tidur bersama jangan angkat mereka sebaliknya cuba memanggil mereka dengan menepuk tangan anda ke tilam atau katil dengan lembut sambil memanggil mereka.

grey cat on grey surface

Mungkin mereka akan sedikit binggung tetapi lama-kelamaan mereka akan lebih faham dan ia memudahkan anda sekiranya hendak memanggil mereka ke arah anda.

Jika mereka melakukan kesalahan jangan terjah mereka sebaliknya gunakan bahasa isyarat yang mereka faham yang anda melarang mereka membuat perkara tersebut.

Anda boleh tunjukkan riak wajah yang marah tetapi diselitkan nasihat kepada mereka. Mereka akan faham dan keesokan harinya mungkin mereka kurang membuat perkara yang anda tidak suka.

3. Beri Perintah

Sebagai permulaan anda perlulah menguasai dua tips lain yang diberi kerana ia lebih memudahkan anda untuk memberi perintah kepada kucing anda.

Mungkin ia agak susah sedikit kerana norma kucing yang agak malas berbanding anjing tetapi jika dilatih pasti mereka akan lebih cekap mendengar kata anda.

Gunakan intonasi suara yang sesuai dan bahasa isyarat untuk anda menyuruh mereka melakukan sesuatu sebagai contoh “pergi tidur” dengan suara yang lembut tetapi sedikit tinggi dan gaya tidur atau isyarat yang mereka mudah.

woman in gray sweater holding black and brown cat

Semoga tips yang diberi ini mampu menolong pemilik atau pencinta kucing di luar sana untuk lebih memahami dan mudah berkomunikasi dengan kucing mereka. Kita faham bahasa mereka, mereka juga akan lebih mudah faham dengan bahasa yang khas untuk mereka.

[Sumber: WikiHow]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!