4 Bunga Yang Beracun Untuk Kucing );

Type to search

Cattiviti Haimeow

4 Bunga Yang Beracun Untuk Kucing

Share

Bunga yang cantik di mata manusia tidak semestinya cantik dan selamat untuk kehidupan lain.

Kucing, Hitam Putih, Merah, Hijau

Terdapat bunga yang merbahaya dan beracun untuk kucing makan atau mengigitnya tanpa ia sedar.

1. Bunga Tulip

Bunga tulip antara bunga yang sering jadi perhiasan mak-mak kita semua. Tetapi ia beracun bagi kucing kerana kelopak bunga ini mempunyai zat toksin yang bahaya.

Tulip, Tunas, Bunga Bunga, Bloom, Mekar

Ia boleh menyebabkan masalah iritasi di bahagian perut, depresi, masalah jantung dan kejang badan.

Tandanya apabila kucing anda mengeluarkan air liur yang agak banyak dan kerap mual serta muntah-muntah.

2. Bunga Lili

Debunga dari bunga mampu membuat kucing anda lesu dan muntah dalam tempoh satu jam.

Lili Asian, Bersemangat, Orange, Alam

Ia boleh menyebabkan kegagalan organ ginjal kucing anda dan membunuh mereka secara perlahan.

3. Lidah Buaya

Lidah buaya antara tanaman yang sering ditanam oleh ibu-ibu kita semua kerana ia beri manfaat kepada manusia.

Lidah Buaya, Duri, Penyembuhan, Dedaunan

Jika kucing anda memakannya mereka akan mengalami kemurungan, cirit-birit dan perubahan warna air kecing akibat toksin yang terkandung dalam lidah buaya.

4. Bunga Krisan

Bunga krisan banyak dijadikan sebagai estrak untuk membuat teh.

Tetapi ia mengandungi zat pyrethrins yang menyebabkan sakit perut, muntah dan diare untuk kucing anda.

Bunga Bunga, Tunas, Taman, Krisan

Sistem dalaman mereka tidak dapat menyesuaikan zat tersebut dalam badan mereka.

Tidak salah untuk kita menanam pokok bunga kerana ia juga salah satu terapi untuk minda. Sebolehnya asingkan bunga tersebut dari kucing anda atau buat penghadang dari mereka ceroboh masuk.

Sumber: MStar, IDN Times

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!