4 Tip Bina ‘Chemistry’ Dengan Anak Kucing Baru );

Type to search

Cattiviti Haimeow

4 Tip Bina ‘Chemistry’ Dengan Anak Kucing Baru

Share
anak kucing

Ingat lagi tak perasaan anda pada hari pertama masuk sekolah? Tiba-tiba kena berdikari sendiri tanpa ada ibu serta adik beradik. 

Persekitaran baru dengan orang-orang yang tidak dikenali dan aktiviti-aktiviti yang serba baru! Pengalaman sebegitu agak menarik walaupun pada masa yang sama agak stress sikit. 

Begitu juga seekor anak kucing mengalami stress bila dibawa ke rumah baru.

Sempena dengan Hari Anak Kucing Sedunia pada hari ini, ada beberapa tip untuk bantu anda bina chemistry dengan anak kucing baru:

1. Pemindahan Selamat

1

Gunakan sangkar yang kukuh kuat untuk memindahkan anak bulus ke rumah barunya. Tunggu sehingga sampai di bilik tertutup di rumah, barulah buka sangkar itu.

2. Sediakan persekitaran yang selamat untuk anak bulus

2

Lebih baik kurungkan anak kucing baru di satu bilik untuk 2 atau 3 hari pertama. Jangan benarkan anak bulus keluar rumah melainkan sudah biasa dengan persekitaran dan dapat pertahankan diri daripada kucing-kucing yang lain.

Anak kucing tersebut harus dihalang mendekati apa-apa barang atau situasi yang mungkin berbahaya – seperti pasu bunga yang mudah jatuh, dapur panas, wayar elektrik, mesin basuh terbuka, atau lubang tandas terbuka.

Artikel berkaitan: ‘Purrfect Rescue’ – Navy Thailand Ini Bertarung Nyawa Selamatkan 4 Anak Kucing Dari Bot Terbakar

3. Sediakan barang-barang keperluan asas

3

Tempat tidur/bakul tidur, dulang tandas, makanan, dan air harus dijarakkan satu antara lain. Pastikan dulang tandas kerap dibersihkan dan diletak di tempat yang sunyi dan berprivasi.

Baik teruskan makanan kebiasaan anak bulus tersebut. Sekiranya ingin tukar kepada makanan yang lain, lakukan secara berperingkat dalam tempoh seminggu supaya mengelak berlakunya cirit-birit.

Alat-alat permainan yang selamat boleh dibekalkan.

4. Latihan dan sosialisasi

Latih anak bulus dengan rutin memberi makanan dan membersih/ menyikat pada waktu yang sama setiap hari.

Letak ia di atas litter box setiap kali anak bulus  bangun tidur, selepas makan, atau kelihatan macam mahu menggunakan tandas agar dia belajar menggunakan dulang tandas.

Beri masa untuk ia berkenalan dengan semua ahli keluarga dan persekitaran barunya. Ajar budak-budak kecil bagaimana cara betul berinteraksi dengan anak kucing.

Pendekatan yang lemah-lembut dan sabar dapat membina keyakinan anak bulus anda.

Tahniah kerana memiliki anak bulus baru. Mulakan hari dengan bina ‘chemistry’ yang sungguh istimewa. Dan Selamat Hari Anak Kucing Sedunia!

 

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!