5 Benda Yang Buat Kucing Takut );

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Benda Yang Buat Kucing Takut

Avatar
Share

Kucing adalah antara haiwan yang paling santai dan tenang tetapi mereka juga mempunyai takut terhadap beberapa perkara atau benda.

cat on dining

Tetapi perlu diingatkan, jangan buat ini sebagai permainan kerana dikhuatiri mereka akan stres.

Antara 5 benda yang buat mereka takut ialah:

1. Bau Yang Kuat

Deria bau kucing sangat tajam dari deria manusia kerana mereka menggunakannya untuk menghidu bau di sekitar mereka.

Bau yang kuat boleh buat hidung mereka sakit dan tidak selesa. Sebolehnya asingkan benda yang bau yang kuat seperti cuka, buah jeruk dan asam.

yellow lemon fruit beside clear glass bottle

2. Timun

Kita banyak melihat banyak video pemilik kucing membuat “prank” dengan meletakkan timun di belakang kucing mereka dan terkejut.

Menurut kajian, sebab mereka takut dengan timun ialah kerana bentuknya seakan ular.

Mereka merasa bahawa “ular” tersebut akan menyerang mereka dari belakang tanpa mereka sedari.

Mentimun, Sayur Sayuran, Hijau, Sehat

3. Belon

Bagi kucing, belon seakan makhluk hidup yang terbang dan boleh serang mereka.

Tambahan pula, belon berwarna dan boleh meletup jika tercucuk sesuatu yang tajam dan bunyinya sangat kuat.

Mereka akan terkejut dan ketakutan dan ia boleh membuat kucing anda stres dan depresi.

Balon, Warna Warni, Warna, Air, Kolam

4. Air

Perkara ini sudah lazim dalam kalangan pemilik kucing terutama jika ingin bawa mereka mandi.

Selalunya kucing kampung amat takut dengan air dan berbeza dengan kucing baka yang amat suka dengan air.

Sebab mereka takut dengan air ialah kerana bulu mereka sangat tebal dan mereka akan merasa sangat berat dan tidak selesa.

Menitik, Setetes Air, Gelombang, Basah

5. Bunyi Yang Kuat

Selain mempunyai deria bau yang tajam, mereka juga mempunyai deria pendengaran yang tajam.

Bunyi yang kuat boleh menggangu pendengaran mereka dan membuat gegendang telinga mereka sakit.

Sebab itu mereka akan lari bertempiaran jika terdengar bunyi yang kuat seperti, kilat, suara blender, bunyi lori sampah, bunga api dan musik yang kuat.

Cuaca, Hujan Badai, Flash, Cahaya, Baut, Badai, Awan

Sumber: GridKids

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!