5 Cara Untuk Perkenalkan Kucing Sesama Sendiri );

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Cara Untuk Perkenalkan Kucing Sesama Sendiri

Avatar
Share

Sebahagian besar pemilik kucing mesti memiliki lebih dari seekor kucing yang dibela. Tetapi mereka mesti mengalami masalah untuk memperkenalkan kucing mereka sesama sendiri kerana kucing-kucing pasti akan takut dan bergaduh.

Tetapi jangan risau, kerana proses untuk kita perkenalkan mereka sesama sendiri sangatlah mudah dan tidak seleceh yang disangka.

Selalunya kucing jantan akan tidak selesa dengan kehadiran kucing yang lain kerana mereka anggap kucing baru itu sebagai sebuah ancaman dan mengganggu kawasan jajahan mereka.

Jadi penulis ingin memberi tips atau pun cara yang mungkin berkesan untuk kucing lama berkenalan dengan kucing yang baru.

1. Dapatkan Pemeriksaan Doktor

Perkara ini amat penting terutama bagi kucing baru yang datang dan akan tinggal ke rumah kita.

Kita perlulah mendapatkan pemeriksaan dari doktor veterinar terlebih dahulu agar mereka bebas dari segala penyakit yang bahaya.

Sebagai pemilik kucing, kita tidak mahu kucing yang sudah lama kita bela berjangkit penyakit yang bahaya sehingga kita salahkan kucing yang baru.

Pentingnya penjagaan dalaman dan luaran kucing sebelum ia bersentuhan atau bertemu dengan hidupan lain.

2. Asingkan Kucing

Jika anda sudah mendapatkan pemeriksaan di klinik yang berdekatan, cuba asingkan tempat tidur mereka untuk seketika.

Biar mereka menghidu bau sesama sendiri dahulu sebelum mereka bertentangan mata. Ini supaya mereka tahu bahawa bukan mereka sahaja yang ada didalam rumah bersama anda.

Kucing, Kesedihan, Sedih

Jangan bagi mereka berjumpa sesama sendiri tanpa kawalan anda. Jika anda hendak pertemukan mereka pastika secara perlahan dan anda sentiasa mengawasi mereka.

3. Perhatikan Tanda Stres

Pastikan anda sering perhatikan dan mengawal setiap tingkah laku kucing baru anda.

Ini kerana kita takut mereka mungkin sedang dalam ketakutan atau stres kerana persekitaran yang baru dan kerana ada hidupan lain.

Kucing, Keranjang, Melihat

Jika kucing baru dan kucing lama anda sudah berjumpa dan kucing baru anda menunjukkan reaksi yang agak takut segera ambil mereka dan belai sehingga mereka tenang.

Seandainya mereka sudah tenang, cuba bermaian bersama kucing baru dan kucing lama dan lihat jika mereka sudah selesa atau belum.

4. Berikan Masa Dan Ruang

Proses untuk kucing mengenali sesama sendiri bukanlah memakan masa yang sangat cepat tetapi mengambil masa sedikit.

Ini kerana mereka masih cuba hendak menerima kehadiran kucing lain dalam kehidupan mereka.

Berikan mereka sedikit masa dan ruang untuk mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.

5. Anda Perlu Bersabar

Anda sebagai pemilik kucing seharusnya lebih banyak bersabar dan tidak terburu-buru untuk mereka lebih dekat dan rapat.

Sama halnya seperti manusia, mengambil masa yang agak lama sebelum kita selesa bersama orang lain.

Jangan pernah paksa mereka untuk berjumpa dan sayangi satu sama lain dan jangan marah kucing anda jika mereka bergaduh dan merosakkan harta benda anda.

Semoga tips di atas sedikit sebanyak membantu anda untuk mendekatkan kucing-kucing anda. Tetapi perlu diingatkan juga bahawa ada kucing yang selesa duduk bersendirian kerana mereka mungkin sudah tua.

Tips ini mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk mendekatkan kucing anda bersama haiwan yang lain. Tetapi ia mungkin berlainan sedikit jika digunakan untuk digunakan jika anda ingin perkenalkan kucing anda bersama haiwan lain.

[Sumber: Dodowell]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!