5 Cara Mudah Latih Si Bulus 'High Five' );

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Cara Latih Si Bulus ‘High Five’

Share

Kucing dan anjing antara haiwan peliharaan ramai. Tetapi, orang cakap kucing tidak boleh dilatih seperti anjing.

Kucing susah nak ikut arahan dan tidak akan dengar arahan yang diberi oleh tuannya.

Sebenarnya ada cara untuk buat si bulus dengar cakap dan ikut arahan.

Dengan membuat latihan secara kerap, hubungan si bulus dengan anda pun akan terjalin dengan lebih erat.

Salah satu trick yang menjadi favourite si bulus adalah ‘high five‘! Nampak senang, kan? Tapi macam mana nak ajar si bulus ‘high five‘?

1. Sediakan makanan atau snek kegemaran si bulus yang jarang anda bagi. Jadikan makanan tersebut sebagai hadiah atau ganjaran kepada si bulus. Umpan dan goyang-goyangkan makanan tersebut supaya si bulus anda bersemangat ketika latihan.

2. Pegang makanan atau snek di hadapan kucing setinggi bahu anda ketika duduk. Ketika si kucing menghulurkan tangan, berikan kata-kata pujian dan positif. Kemudian, hadiahkan makanan yang si kucing suka!

3. Buat latihan beberapa minit setiap hari. Jangan terlalu lama dan mendesak kerana kucing akan malas.

Jika si bulus masih tidak mengikut arahan, anda boleh cuba dekatkan sedikit makanan atau snek di kepala si bulus. Setiap kucing mempunyai perangai yang berbeza, jadi sebelum anda give up anda perlu cuba pelbagai cara untuk menarik perhatian kucing anda.

4. Apabila anda sudah dapat pastikan ketinggian untuk memegang makanan atau snek, biarkan si bulus cuba mencapai makanan hingga menyentuh tangan anda. Belanja si bulus makanan kegemaran walaupun ia menyentuh tapak tangan anda sedikit sahaja.

5. Cuba hulur tangan anda, jika si bulus menyentuh tapak tangan anda, puji dan berikan hadiah snek kegemaran si bulus.

Jika si bulus anda masih lagi tidak respon, tunjuk tangan anda atau undur kebelakang sedikit untuk si bulus lebih jelas.

Untuk trick ‘high five‘ memerlukan kesabaran semasa melatih tapi jangan cepat putus asa!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!