5 Aksesori Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda );

Type to search

5 Aksesori Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda

Cattiviti Haimeow

5 Aksesori Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda

Avatar
Share
Aksesori

Semua pemilik kucing mesti nak beri sesuatu yang terbaik kepada si comel di rumah tidak kira dari segi keselesaan, aksesori, makan minum dan kesihatan.

Ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap pemilik kucing untuk menjaga serta melindungi mereka.

Namun pemberian aksesori di sini bukan sahaja melibatkan kecantikkan mereka tetapi juga termasuk keperluan yang memberi kesenangan kepada kucing peliharaan.

Jadi di sini penulis senaraikan lima jenis aksesori atau barang yang sesuai diberi demi keselesaan kucing anda.

1. Automatic Food Dispenser

Kadang-kadang kita mesti terlupa untuk penuhkan bekas makanan kucing kita kerana sibuk dengan kerja dan rutin harian. Jadi dengan adanya automatic food dispenser ini, ia memudahkan kita semua kerana makanan kucing akan sentiasa penuh dan tersedia.

Anda hanya perlu isi jika food dispenser tersebut sudah hampir kosong atau kosong sepenuhnya. Anda tidak perlu risau lagi dengan kucing anda jika mereka berasa lapar ketika anda keluar dari rumah.

Automatic food dispenser ini banyak dijual di kedai haiwan atau anda boleh beli sahaja di Shopee atau Lazada.

Anda boleh tonton video ini untuk lebih lanjut:

 

2. Rantai Loceng

Rantai kucing

Rantai loceng ini anda boleh dapatkan di kedai haiwan yang berdekatan dengan harga yang murah dan berpatutan. Tujuan rantai loceng kucing ini untuk menandakan bahawa kucing anda itu bukan kucing liar jadi jika mereka keluar berjalan tidak akan ditangkap pihak berkuasa yang sedang meronda tangani masalah haiwan liar. 

Ia juga memudahkan anda untuk mencari mereka jika mereka hilang kerana rantai loceng tersebut akan berbunyi. Terdapat juga rantai kucing tanpa loceng, tapi anda boleh meninggalkan butiran seperti nama dan nombor telefon sekiranya si comel anda sesat lalu dijumpai orang awam.

3. Litter Box/Pasir Kucing

Contoh litter box jenis automatik

Kucing anda akan lebih sayang kepada nada jika adanya litter box ini kerana mereka tidak perlu lagi “membuang” di tempat yang tidak sepatutnya. Anda juga tidak perlu lagi risau jika mereka “membuang” di kawasan kejiranan sehingga menyebabkan orang ramai marah.

Pasir kucing juga sekarang kebanyakkannya sudah mempunyai variasi wangian yang harum bagi menutupi bau najis kucing anda.

4. Hammock Hanging Bed

Contoh hammcok untuk kucing

Kucing suka untuk tidur di tempat yang tinggi dan jauh dari tempat sesak. Anda boleh beli hammock ini dan gantungnya di dalam sangkar atas sekali. Mereka akan segera ke sana dan tidur atau melepak serta jadikan itu sebagai tempat jajahan mereka. Terdapat pelbagai saiz yang dijual jadi ia sesuai untuk semua saiz kucing anda.

5. Mainan Kucing

Contoh mainan untuk kucing

Anak kucing memang cukup aktif dan suka bermain jadi anda boleh belikan mereka bola berloceng, bulu pelepah atau tali. Mereka akan bermain dan mengejar mainan sehingga penat.

Ianya sesuai untuk ketumbuhan anak kucing di rumah agar kekal sihat, bertenaga sambil bersenam.

[Sumber: Sabree Hussin]

Baca juga: Ciri istimewa yang terdapat pada 5 barang harian anda.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!