Kucing Anda Taknak Minum Air? Ini 5 Sebab Yang Cat Lover Perlu Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Anda Taknak Minum Air? Ini 5 Sebab Yang Cat Lover Perlu Tahu

Share
air

Setiap kucing mempunyai kelainan tersendiri, tiada yang serupa.

Ini boleh dibuktikan apabila sesetengah daripada si bulus anda menolak air minuman dari mangkuk, walaupun airnya bersih dan segar.

Tetapi jika anda membiarkan gelas air mereka tanpa pengawasan, kucing anda akan mendorong kepalanya ke dalam gelas dan minum seakan dia tidak pernah merasakan air sebelumnya.

Agak-agaknya kenapa ya?

1. Persepsi

Sebenarnya, kucing agak lemah untuk melihat objek dalam tiga dimensi (termasuk panjang, lebar, dan kedalaman) dan menilai sejauh mana jaraknya.

Oleh kerana si bulus mempunyai titik buta di depan hidung, ia telah menyukarkan mereka untuk melihat air di dalam bekas minuman. Sebab itu anda dapat melihat sesetengah kucing akan mencelupkan kaki mereka ke dalam air untuk menguji tahapnya.

Sekiranya kucing anda lebih suka minum dari paip yang mengalir, mungkin kerana mereka lebih percaya itu air dengan mendengar bunyi air mengalir berbanding melihat di bekas minuman sahaja. 

Anda boleh berikan water fountain yang direka khas untuk kucing yang gemar air yang mengalir bagi menggalakkan mereka minum air.

2. Bekas minuman yang tidak sempurna

Bagi sebilangan kucing yang cerewet, mereka tidak akan minum air kecuali bekas minuman itu sempurna. Jenis bekas yang sempurna bergantung pada kucing anda. Anda mungkin perlu mencuba pelbagai gaya untuk melihat mana yang mereka sukai.

Kebanyakan daripada mereka cenderung memilih piring yang cukup lebar untuk menampung misai mereka yang sensitif. Jika bekas terlalu dalam dan sempit, misai mereka akan mengganggu dan menjadikan proses minuman tidak menyenangkan.

3. Lokasi 

air

Ramai di antara catparents biasanya menyatukan bekas makanan kucing dan meletakkannya bersebelahan dengan air minuman. Tetapi pengaturan ini sebenarnya melanggar naluri kucing dimana sepatutnya makanan dan air tidak seharusnya berdekatan.

Kucing biasanya mengambil langkah yang baik untuk memisahkan kedua-duanya bagi mengelakkan pencemaran pada air. Sekiranya anda mendapati bekas minuman si bulus mempunyai kibbles, hal ini disebabkan anda telah meletakkan bekas secara berdekatan.

Jadi, pisahkannya. Semudah itu sahaja!

4. Mereka tidak berasa selamat 

air

Ini adalah perkara biasa berlaku bagi rumah yang mempunyai lebih daripada satu kucing atau haiwan peliharaan lain.

Apabila kucing mengiau untuk dapatkan air, ia akan meletakkannya dalam keadaan yang sangat terdedah. Ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk ‘diserang’ oleh kucing atau anjing.

Cuba pindahkan bekas minuman ke lokasi “lebih selamat”, lebih baik tidak di sudut rumah.

5. Rasa 

Air di dalam bekas kucing anda mungkin terasa berbeza bergantung pada bahan yang dihasilkannya, atau sumber air itu sendiri. Sama seperti kebanyakan manusia yang gemar memilih untuk minum dari plastik, seramik, atau gelas, kucing anda mungkin lebih suka seramik atau keluli tahan karat.

Sebilangan air paip dirawat dengan fluorida, yang mungkin tidak akan menyenangkan kucing anda akibat rasa dan bau yang kuat. Cuba berikan air botol atau air yang telah ditapis untuk melihat apa yang paling disukai si bulus kesayangan anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!