Si Bulus Selalu Jilat Anda? Ketahui 6 Sebab Mengapa Kucing Jilat Tuannya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Si Bulus Selalu Jilat Anda? Ketahui 6 Sebab Mengapa Kucing Jilat Tuannya

Share
Kucing jilat

Kucing adalah makhluk yang penuh misteri. Walaupun tidak dinafikan ia adalah haiwan peliharaan yang menarik dan sentiasa menceriakan hati kita, tingkah laku mereka kadang-kadang membuatkan kita bingung.

Sebagai contoh, pernahkah anda terfikir mengapa si bulus menjilat anda? Sebab utama kucing menjilat dirinya adalah untuk membersihkan diri, adakah ia cuba membersihkan tuannya juga?


Baca Juga: 8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing


Sebenarnya, terdapat beberapa sebab ia melakukan demikian.

Jika si bulus selalu menjilat anda, mungkin ia sedang perkara-perkara ini:

 

 

1. Tanda kasih sayang

Menjilat adalah salah satu cara si bulus menunjukkan kasih sayangnya sama ada kepada kucing ataupun makhluk lain.

Tingkah laku ini dipelajari ketika ia masih kecil lagi, iaitu ketika ibunya menjilatnya dan dibawa hingga ia dewasa.

 

2. Untuk ‘menanda’ anda

Terdapat beberapa cara si bulus ‘menanda’ sesuatu kawasan atau seseorang untuk memberitahu bahawa itu adalah miliknya.

Selain menggosokkan kepala dan badannya pada anda untuk meninggalkan baunya, menjilat juga adalah salah satu cara ia meninggalkan bau.

Oleh kerana deria bau kucing 14 kali lebih kuat berbanding manusia, anda mungkin tidak akan menghidu bau yang ia tinggalkan.

 

3. Membersihkan anda

Lidah adalah salah satu ‘alat’ yang sangat berkesan untuk kucing membersihkan dirinya kerana teksturnya yang berduri yang mampu menarik bulu-bulu yang gugur serta air liurnya yang membantu membersihkan kotoran.

Si bulus mungkin tidak pernah melihat anda membersihkan diri sepertinya, jadi ia mahu membantu anda membersihkan diri.

 

4. Terdapat rasa yang menarik perhatiannya

Si bulus mungkin menjilat anda kerana mereka terdapat rasa yang menarik pada kulit anda.

Mungkin terdapat sisa makanan atau anda tersentuh sesuatu yang menarik perhatiannya, membuatkan ia mahu menjilat anda.

 

5. Untuk mendapatkan perhatian

Selain mengiau atau menjatuhkan barang dari atas meja, salah satu cara si bulus mendapatkan perhatian anda adalah dengan menjilat diri anda.

Sama ada ia mahu dibelai, makan atau lain-lain, menjilat adalah cara yang amat berkesan untuk mendapatkan perhatian anda.

 

6. Bimbang atau stres

Salah satu sebab si bulus menjilat anda adalah kerana mereka sedang berasa bimbang atau tertekan.

Menjilat adalah merupakan salah satu mekanisme kucing untuk mengatasi tekanan.

Situasi ini sering berlaku jika terdapat perubahan ketara dalam persekitaran seperti berpindah ke rumah baharu atau terdapat kehadiran kucing, haiwan atau orang baharu di rumah.

Sumber: Pumpkin
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!