7 Perkara Manusia Buat Yang Kucing Tidak Suka );

Type to search

Cattiviti Haimeow

7 Perkara Manusia Buat Yang Kucing Tidak Suka

Share
Kucing

Memelihara kucing bukanlah perkara yang mudah. Selain daripada memberi makan dan minum serta tempat tinggal yang selesa, pemilik kucing juga harus faham apa yang kucing mereka suka dan tidak. Ini boleh mempengaruhi hubungan antara pemilik dan kucingnya.

Berikut adalah perkara-perkara yang kucing tidak suka pemiliknya lakukan:

1. Sentiasa meninggalkan kucing bersendirian

Apabila kita membuat keputusan untuk memelihara kucing, kita harus bersedia dari segi masa kerana kucing memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Jika ia kerap ditinggalkan, ia akan merasa sunyi dan sedih sehingga boleh menjejaskan kesihatannya. Jadi pastikan anda sentiasa meluangkan masa untuk bermanja dan bermain dengan kucing peliharaan.

 

2.Membiarkan bekas pasir kotor

Kucing akan berasa tidak selesa untuk menggunakan bekas pasirnya jika ia berada dalam keadaan kotor. Pemilik kucing harus memastikan bekas pasir dan kawasan sekitarnya bersih dan harus menukar pasir apabila sudah tiba waktunya.

3. Diberi makan ubat

Kucing paling tidak suka jika diberi makan ubat. Tetapi nak tak nak anda tetap harus memberinya makan ubat jika ia sakit. Untuk memberi kucing makan ubat, pastikan anda tidak berkasar dengannya sehingga menyebabkannya stres. Selepas memberi si bulus ubat, ‘rasuah’nya dengan treats untuk memujuknya semula.

 

4. Membiarkan bekas makanan dan minuman kotor

Jika bekas makanan atau minuman anda kotor, pasti anda tak sanggup untuk menggunakannya kan? Begitu juga dengan kucing. Ia tidak suka apabila anda menghidangkan makanan atau minuman dalam bekas yang kotor. Pastikan anda cuci bekas makanan dan minumannya dengan kerap terutamanya selepas memberi makanan basah.

 

5. Membelai di kawasan yang tidak disukainya

Kucing memang suka dibelai dan dimanja. Tetapi ada sesetengah kucing yang begitu sensitif jika manusia memegang kawasan-kawasan tertentu pada tubuhnya. Jika kucing anda tidak suka anda pegang perutnya, jangan paksa dan hormati kehendaknya itu.

6. Memarahi atau menengking

Kucing tidak sukakan bunyi yang kuat kerana ia boleh menyebabkannya stres. Elakkan dari memarahi atau menengking kucing anda kerana ia boleh merenggangkan hubungan anda dan kucing anda.

 

7. Tidak menghormati privasinya

Kucing adalah haiwan yang sangat mementingkan ruang privasinya dan ada ketika ia mahu duduk bersendirian tanpa diganggu. Jika kucing anda mahu bersendiri, hormati masa privasinya dan biarkan saja sehingga ia mahu bersosial kembali.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!