Hairan, Ada Saja Benda Yang Si Bulus Lakukan. Mereka Nak Apa Sebenarnya? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Hairan Ada Sahaja Benda Yang Si Bulus Lakukan. Mereka Nak Apa Sebenarnya?

Share
si bulus

Kucing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang paling aktif dan gemar mengganggu ketika anda sedang melakukan sesuatu mahupun waktu rehat anda.

Adakalanya gangguan si bulus seperti memanjat, memukul bahkan menjatuhkan sesuatu sehingga anda dapat mendengar kecohnya.

Walaupun geram melihat situasi sebegitu, tapi di sudut hati pemilik kucing mesti tertanya-tanya mengapalah mereka buat hal sebegitu.

Dah takda kerja sangat ke meow?

Semua benda nak test

Untuk pengetahuan anda, kucing mempunyai sifat rasa ingin tahu dalam diri, lebih lebih lagi jika ia berkaitan kawasan yang mereka duduki. 

Sebelum test sesuatu, mereka seolah-olah akan bertanya:

“Bolehkah saya makan ini? Adakah ia akan membahayakan saya? Adakah ini tempat yang selamat untuk tidur? Adakah ini ‘tandas’ peribadi? Seronok ke main ni?”

Test yang dilakukan memerlukannya untuk menghidu, menggigit, atau memukul dengan kaki mereka.

Sekiranya sesuatu itu didapati bergerak selepas mereka memukul, secara automatik mereka akan terus mengejar. Tingkah laku ini semula jadi terjadi kerana kucing telah menganggapnya sebagai mangsa.

Suka bermain

Macam yang kita tahu, kucing memang suka bermain. Sebenarnya, sifat aktif ini dapat membantu kucing untuk kekal bahagia dan sihat.

Aktiviti bermain menyediakan senaman yang baik khusus untuk kucing peliharaan di rumah yang mungkin menghadapi masalah untuk keluar berjalan.

Bermain juga dapat menggalakkan mereka untuk memburu. Mana taknya, kucing boleh membuat catatan mental seperti kembali ke tempat pemburuan semula.

Bukan itu sahaja, mereka juga suka mengejar sesuatu benda yang senang untuk meluncur di atas lantai. Kadang-kadang sebahagian barang anda seperti pen boleh tiba-tiba sahaja berada di bawah katil sewaktu anda sedang mengemas rumah.

Untuk hindari perkara seperti itu berlaku, apa yang anda boleh lakukan sebagai pemilik kucing adalah dengan menyediakan mainan tetikus untuk mereka bermain.

Mahukan perhatian

si bulus

Menjatuhkan objek dari tempat tinggi boleh menjadi petanda bahawa kucing anda memerlukan perhatian lebih.

Sekiranya kucing anda tidak mendapat perhatian yang mencukupi, mereka mungkin melakukan apa sahaja yang akan membuatkan anda memerhatikannya.

si bulus

Kebiasaannya sewaktu anda melihat si bulus sedang mengetuk telefon bimbit anda, pasti nama si bulus akan dipanggil terlebih dahulu. Kemudian, si bulus akan melompat atau lari sebelum anda sempat mencapai telefon. Betul tak?

Sebenarnya, anda baru sahaja mengambil bahagian dalam permainan si bulus dan usahanya untuk menarik perhatian anda telah berjaya.

Perkara yang boleh anda lakukan jika berada dalam situasi begitu adalah dengan mengabaikan tingkah lakunya dahulu.

Ini mengajar kucing anda bahawa ini bukan cara untuk menarik perhatian anda. Tunggu sekejap.

Kemudian alihkan perhatian kucing anda ke permainan yang sesuai dan luangkan sekitar 10 hingga 15 minit untuk bermain dengannya.

si bulus

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!