Bukan Sebab Malas, Ini 4 Alasan Mengapa Kucing Asyik Tidur Je );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Bukan Sebab Malas, Ini 4 Alasan Mengapa Kucing Asyik Tidur Je

Share
kucing tidur

Tahukah anda, kucing menghabiskan kira-kira 16 hingga 20 jam sehari untuk tidur?

Pasti ramai yang mahu menjadi kucing kan? Boleh tidur dan bermalas-malasan sepuas-puasnya setiap hari tanpa perlu memikirkan tentang perkara lain.

Tetapi sebenarnya, kucing tidur bukan kerana ia malas. Terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kucing sentiasa tidur sepanjang hari.

Kucing Tidur Mimpi

1. Kucing merupakan haiwan crepuscular

Secara semula jadi, kucing adalah haiwan crepuscular, bermakna ia aktif di waktu senja dan subuh. Jadi tidak hairanlah jika kucing sentiasa tidur di waktu siang kerana itu adalah masa tidurnya.

 

2. Menjimatkan tenaga

Kucing adalah haiwan pemburu dan seperti kebanyakan pemburu yang lain, ia memerlukan tidur yang mencukupi supaya dapat mengumpul tenaga yang cukup untuk memburu.

3. Jarang tidur dengan nyenyak

Walaupun kucing menghabiskan masanya untuk tidur, ia sebenarnya jarang tidur dengan nyenyak. Jika anda lihat kucing anda tidur secara duduk atau dalam posisi ‘loaf‘, itu bermakna ia hanya sedang melelapkan mata seketika dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekitarnya.

 

4. Bosan

Mungkin juga kucing anda berasa bosan kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan olehnya. Cuba luangkan masa bermain dengannya atau dapatkan seekor lagi rakan buat kucing anda supaya ia mempunyai teman untuk bermain.

Tags:

You Might also Like

8 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!