Kucing Suka Jatuhkan Barang Dari Atas Meja? Ketahui Alasan Si Bulus Buat Begitu Dan Cara Hentikannya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Suka Jatuhkan Barang Dari Atas Meja? Ketahui Alasan Si Bulus Buat Begitu Dan Cara Hentikannya

Share
Kucing

Salah satu perilaku kucing yang sering membawa masalah kepada ibu bapa bulus adalah kesukaannya menolak atau menjatuhkan barang daripada ke lantai.

Kadang-kadang, barangan kaca atau berharga seperti pasu bunga turut menjadi mangsa tingkah laku aneh si bulus ini.


Baca Juga: Kucing Anda Ikut Ke Hulu Ke Hilir Setiap Masa? Ketahui Sebabnya


Walaupun bagi kita tindakan si bulus itu adalah pelik, sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa ia melakukan sedemikian.

 

Naluri

Sebagai haiwan pemangsa, kucing mempunyai naluri pemburu walaupun ia dibesarkan di dalam rumah (indoor).

Salah satu sebab si barang menjatuhkan barang adalah kerana keinginan mereka mengasah naluri memburu, mengesan dan menerkam.

Apabila kucing menjatuhkan barang, ia sebenarnya sedang memeriksa sama ada barang tersebut hidup atau mati.

 

Mahukan perhatian

Apabila si bulus menjatuhkan barang, pasti anda akan memerhatikannya atau pergi ke arahnya untuk melihat apa yang berlaku.

Jadi, kucing belajar bahawa ia akan mendapat perhatian anda setiap kali ia menjatuhkan barang dan akan berbuat demikian sekiranya mahukan perhatian anda.

 

Bosan

Kucing mudah berasa bosan jika ia tidak disediakan mainan atau jika anda jarang bermain dengannya.

Jadi, ia cenderung untuk menjatuhkan barang bagi menghiburkan hati atau mengisi masa lapang.

Jadi, jika si bulus anda selalu jatuhkan barang, mungkin itu adalah petanda bahawa anda perlu bermain dengannya lebih kerap.

 

Seronok

Kucing adalah haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan ia sentiasa bersemangat untuk meneroka setiap benda.

Apabila ia menjatuhkan barang, ia akan berasa seronok kerana dapat melihat apa yang berlaku kepada barang tersebut.

Cara menghentikan tabiat ini:

  • Pastikan si bulus memiliki beberapa jenis permainan di rumah.
  • Pindahkan barang yang mudah pecah dari meja, rak atau almari yang tidak bertutup, dan tempat yang mudah ditemukan atau dicapai olehnya.
  • Apabila anda perasan ia mula mencari perhatian dengan menjatuhkan barang-barang, alihkan perhatiannya dengan melakukan aktiviti lain bersamanya.
  • Luangkan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari untuk bermain dengan kucing sehingga membuat mereka mendapat perhatian yang cukup.
Sumber: suara.com
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!