Nak Tahu Kucing Rindukan Kita Ataupun Tidak? 4 Tanda Si Meow Sangat Merindui Anda );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Haimeow

Nak Tahu Kucing Rindukan Kita Ataupun Tidak? 4 Tanda Si Meow Sangat Merindui Anda

Share

Sebagai pencinta kucing, semestinya kasih sayang terhadap kucing merupakan sesuatu yang sangat istimewa kerana pelbagai detik indah dan lucu yang telah dilalui bersama.

Bahkan, si meow juga pasti mempunyai daya ingatan dan perasaan sayang yang mendalam terhadap pemiliknya lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah membela bertahun lamanya.

Namun begitu pernahkah anda terfikir jika si meow merindui anda? Bagaimanakan caranya dan apakah petanda yang boleh dikenal pasti?

Berikut merupakan 4 petanda yang mungkin boleh anda perhatikan pada si bulus.

 

Dengkuran & Regangan Ekstra

merindui

Si meow yang merindui anda akan mengeluarkan bunyi dengkuran yang sangat kuat serta regangan badan yang melampau sebaik sahaja bertemu.

Meskipun ianya adalah satu perkara biasa dan rutin harian yang sering dilakukan si meow, namun ianya akan sedikit berbeza apabila dengkuran dan regangan yang bakal anda saksikan mungkin lebih daripada kebiasaan.

Kucing yang ditinggalkan lebih lama, akan menunjukkan reaksi tubuh yang lebih banyak ketika bertemu kembali dengan pemiliknya. Sekiranya ia berlaku,  perilaku tersebut menunjukkan bahawa si meow sangat senang melihat anda pulang ke rumah.

 

Lebih Manja Daripada Biasa

merindui

Sekiranya kucing kerap bermanja dan bersama seharian di sisi atau mengekori anda dari satu tempat ke satu tempat, ia menandakan bahawa mereka sangat merindui anda dan ingin dimanjakan lebih daripada biasa.

Berdasarkan kajian, itu mungkin adalah cara kucing ingin berkata, “Saya sayang awak, saya rindu awak, tolong jaga saya!”.

Jadi kena la cepat tangkap apa yang si bulus korang cuba nak sampaikan tu ye!

 

Tingkah Laku Berubah

merindui

Sesetengah kucing yang kesepian akan mula menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku dan perangai apabila anda meninggalkannya.

Kucing yang tertekan akan menunjukkan tabiat buruk seperti merosakkan, mencakar dan mengiau tanpa henti terutamanya semasa mereka kebosanan.

Lebih teruk, kucing yang kesepian juga boleh kencing di luar kotak pasirnya atau di mana sahaja yang mereka suka.

 

Kemunculan Perubahan Fizikal

merindui

Kucing juga berpotensi mengalami perubahan fizikal akibat terlalu bimbangkan pemiliknya yang menghilang dalam satu tempoh yang lama.

Meskipun pemilik sudah pulang ke rumah, tingkah laku si meow mungkin akan berterusan bagi menunjukkan bahawa mereka sangat merindui anda.

Jadi kalau si meow tiba-tiba berubah perangai jangan cepat terasa ye, dalam diam mereka sebenarnya sangat merindui anda.

merindui

Sifat penyayang seekor kucing sangat sukar untuk diketahui dan dikenal pasti berbanding anjing yang lebih gemar menjilat muka si pemilik saat mereka rindu.

Walaubagaimanapun, meskipun si meow tidak menunjukkannya secara langsung, itu tidak bermakna mereka tidak merindui anda.

Rasa rindu si meow akan jelas kelihatan apabila mereka mula berubah sikap akibat terlalu lama ditinggalkan.

Kalau tak percaya, cuba la tinggalkan si meow lama sikit… Tengok apa jadi dekat dorang.

 

[Sumber: tribunnews]

 

Baca Juga: Kucing Anda Suka Ajak Bermain & Bergurau? Ini 4 Jenis Permainan Yang Paling Digemari Si Meow

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

5 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!