Apa Nak Buat Kalau Kucing Tengah Gaduh? 3 Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Redakan Kemarahan Si Meow );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Apa Nak Buat Kalau Kucing Tengah Gaduh? 3 Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Redakan Kemarahan Si Meow

Share
nak

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana kucing peliharaan sedang bergaduh dengan kucing liar lain?

Situasi ini pastinya mendatangkan gerun pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Maklumlah, nak dileraikan takut nanti kita pula jadi mangsa cakarnya.

Jadi apa nak buat? Jom ikuti 3 langkah yang boleh dilakukan untuk redakan kemarahan si meow:


Baca Juga: Minyak Angin Sapu Pada Luka Kucing, Adakah Ianya Selamat Ataupun Tidak?


 

 

Hentikan Pergaduhan

nak

Jika ianya benar-benar satu pergaduhan, jangan biarkan kucing anda terus bergaduh!

Kebiasannya kucing akan meneylesaikan setiap pergaduhan dengan cara agresif dan ianya pasti mengakibatkan luka dan cedera pada si meow.

Cuba alihkan perhatian si meow dengan bunyi yang kuat atau pergerakan mengejut secara tiba-tiba untuk memecahkan tumpuan mereka.

Perbuatan ini secara tidak langsung akan dapat meleraikan sebarang perselisihan faham antara kucing dengan cara yang selamat.

 

Jangan Menghukum Kucing

nak

Jangan sekali-kali menghukum kucing anda kerana tingkah laku yang agresif yang dilakukan pada kucing lain.

Sebarang hukuman boleh mengakibatkan si meow bertambah agresif dan juga stress dengan situasi sekeliling.

 

Berikan Ruang Privasi

nak

Selesai mengalihkan perhatian si meow, tempatkan mereka di ruangan yang selesa atau lebih baik di dalam sangkar tempat tidur mereka.

Tinggalkan si meow untuk seketika dan berikan mereka masa privasi untuk kembali tenang dan berehat.

Sama la macam kita, kalau lepas bergaduh mesti nak ada me time sendiri kan untuk bertenang dan berehat?

 

[Sumber: pets]

 

Baca Juga: Awas! Kucing Pun Kuat Cemburu Tau, Kenali 3 Tanda si Meow Senag Iri Hati Dengan Anda

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!