Aplikasi Terbaru Ini Boleh Bantu Anda Kesan Si Bulus Yang Sedang Sakit );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Aplikasi Terbaru Ini Boleh Bantu Anda Kesan Si Bulus Yang Sedang Sakit

Share
aplikasi bulus

Kucing adalah haiwan yang sukar untuk difahami kerana mereka jarang menunjukkan perasaan secara jelas. Tambahan pula, jika sakit, si bulus pandai untuk menyembunyikan sakit mereka untuk tidak dikesan oleh manusia.

Tetapi anda mungkin tidak mempunyai masalah lagi untuk melihat sama ada si bulus sakit atau tidak selepas ini.

Sebuah syarikat teknologi kesihatan haiwan yang berpangkalan di Kanada, Sylvester.ai telah mencipta satu aplikasi untuk mengenal pasti wajah kucing yang sedang dalam kesakitan.

Aplikasi yang dinamakan Tably itu menggunakan kamera telefon untuk ‘membaca’ kucing berdasarkan kedudukan telinga dan kepala, kerutan mata, ketegangan bahagian muncungnya, dan perubahan misai untuk mengesan sama ada kucing sedang dalam kesakitan.

baka kucing

Sebuah kajian pada 2019 yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports mendapati bahawa ‘feline grimace scale,’ atau FGS, adalah alat yang berkesan dan boleh dipercayai untuk menilai rasa sakit pada kucing.

“Ia membantu pemilik kucing mengetahui sama ada kucing mereka sakit atau tidak. Kami telah melatih sebuah mesin menggunakan pembelajaran mesin dan beberapa gambar,” kata peneraju Sylvester.ai, Miche Priest.

Menurut doktor veterinar di Wild Rose Cat Clinic, Calgary, aplikasi ini dapat memberi manfaay kepada doktor haiwan muda atau baru.

“Saya suka bekerja dengan kucing, telah membesar dengan kucing. Bagi rakan sekerja yang lain, graduan baru, yang mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman, ia sangat menakutkan untuk mengetahui adakah pesakit anda merasa sakit?” kata beliau. bulus

Sumber: Reuters
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!