3 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Kucing Berpeluh

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Kucing Berpeluh

Share

Kucing merupakan sejenis haiwan pemangsa yang sangat aktif dan lincah namun pernahkah anda terfikir sama ada mereka berupaya menghasilkan peluh ataupun tidak?

Manusia mempunyai berjuta-juta kelenjar peluh yang tertumpu di kawasan tertentu, seperti telapak kaki dan ketiak dan sebagai penyelesaian, semburan deodoran sering digunakan untuk membantu menguruskan kelembapan dan bau yang dihasilkan.

Berbeza dengan haiwan kucing, mereka tidak mempunyai kelenjar peluh yang menutupi bahagian tubuh, namun mereka tetap menghasilkan peluh di bahagian tertentu.

Berikut merupakan tiga perkara asas yang anda perlu tahu sekiranya kucing berpeluh.

 

Bagaimana Kucing Berpeluh

sekiranya 

Kelenjar peluh yang terhasil pada bahagian tubuh kucing diberi nama kelenjar peluh apokrin dan ianya secara rawak menghasilkan zat berminyak pada kucing yang berfungsi seperti feromon.

Peluh kucing boleh dikesan melalui tapak kaki dan di bahagian hidung mereka di mana terdapat kelenjar peluh ekrin.

sekiranya

Anda boleh mengesan peluh si meow pada pelapik kaki ataupun bekas tapak kaki mereka yang melintasi lantai dan jubin di rumah.

Sekiranya kucing anda menghadapi tekanan di tengah-tengah musim panas, peluh yang dihasilkanakan kelihatan lebih ketara melalui jejak kaki mereka.

 

Punca Kucing Berpeluh

sekiranya

Sama seperti manusia, faktor cuaca panas dan tekanan melampau boleh menghasilkan peluh pada seekor kucing dan menyebabkan mereka stress.

Cuaca yang panas dan terik juga menjadi faktor utama kucing berpeluh.

Tatkala manusia sering merungut ketika cuaca panas, penghawa dingin sering menjadi jalan penyelesaian. Sesekali apa salahnya kalau tempatkan mereka bersama di dalam rumah.

Sekurang-kurangnya berilah mereka merasa berehat dalam keadaan yang nyaman kan?

 

Cara Menyejukkan Kucing

sekiranya

Kucing yang kepanasan akan sedaya upaya cuba mengembalikan suhu badan mereka di paras normal dengan menjilat tubuh badan mereka.

Selain itu, kaedah menguap juga sering digunakan bagi melepaskan haba dari dalam badan mereka. Ini dapat memberikan kesan penyejukan dan seterusnya menurunkan suhu badan mereka.

Namun sekiranya anda ingin membantu, hidangkan air sejuk untuk mereka minum dan tempatkan mereka seketika di atas lantai ataupun jubin yang sejuk.

sekiranya

Sekiranya bulu mereka terlampau panjang dan tidak ter urus, sebaiknya hantarlah ke klinik haiwan untuk di grooming dan jika berkesempatan mandikan mereka.

Sekiranya anda memelihara kucing di luar kawasan rumah, sesekali jenguk-jenguklah keadaan mereka. Maklum lah, cuaca di Malaysia kebelakangan ini tidak menentu, adakala hujan dan adalanya panas yang sangat terik.

Jangan sampai lencun kaki si meow anda dengan peluh sudahlah ya!

 

Sumber: point.pet

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!