Kucing mungkin tidak mempunyai deria bau sehebat anjing, tetapi deria baunya tetap kuat dan tajam berbanding manusia. Menurut saintis, deria bau si bulus adalah 14 kali lebih sensitif berbanding manusia.
Disebabkan itu, kucing dan manusia mempunyai penerimaan bau yang berbeza. Ada bau yang sedap dan harum pada hidung kita tetapi tidak disukai oleh kucing.
Baca Juga: Kucing Juga Boleh Bengang Dengan Tuan, Jangan Dekat Kalau Si Bulus Buat 5 Perkara Ini
Mungkin bagi anda pewangi yang anda sembur di badan anda amat menyenangkan tetapi apabila anda cuba mendekati si bulus, ia melarikan diri.
Ini mungkin kerana terdapat bau dalam pewangi anda yang tidak disukai olehnya.
Berikut adalah antara bau-bau yang tidak disukai oleh kucing:

1. Bekas najis
Ya, kucing benci bau bekas najisnya sendiri… jika ia berada dalam keadaan kotor. Jika kucing mendapati bekas najisnya kotor, ia akan berasa tidak selesa untuk menggunakannya, justeru menyebabkannya membuang najis merata-rata. Jika anda tidak mahu si bulus anda membuang najis merata-rata, pastikan bekas najisnya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih

2. Kucing baru/kucing lain
Bau kucing yang asing atau tidak dikenali adalah aroma yang amat sensitif bagi kucing. Ia boleh membuat si bulus berasa resah dan menjadi agresif. Jika anda membawa kucing baru ke dalam rumah, pisahkan mereka dahulu dengan meletakkan kucing baru itu di dalam bilik. Selepas masing-masing sudah biasa dengan bau antara satu sama lain, barulah perlahan-lahan kenalkan mereka.

3. Sitrus
Kucing semangnya amat bencikan bau sitrus seperti buah limau, oren, dan lemon. Ini kerana minyak dari buah sitrus adalah toksik bagi kucing. Jika anda mahu halang si manja anda dari berada di sesuatu kawasan, anda boleh semburkan atau letakkan pewangi yang berbau sitrus di kawasan tersebut.

4. Bahan pembersih
Kucing benci akan bau bahan pembersih rumah kerana ia mempunyai aroma yang terlalu kuat untuk hidungnya. Disebabkan itu jika anda mengemop lantai di rumah, ia akan menjauh daripada kawasan berkenaan. Bahan pembersih ini juga bahaya kepada si manja jika ia tertelan. Jika anda mahu cuci basuh bekas najis atau mainannya, pastikan anda guna pencuci yang tidak mengeluarkan bau kimia yang kuat.

5. Lavender
Bau tumbuhan ini mungkin wangi pada hidung anda, tetapi tidak bagi kucing. Lavender juga adalah salah satu tumbuhan yang bahaya pada kucing dan boleh menyebabkan muntah-muntah, rasa mual, air liur meleleh, dermatitis dan menyebabkannya stres.

6. Ikan rosak
Walaupun kucing sukakan ikan, tetapi bau ikan yang sudah rosak dan hanyir membuatkan kucing tidak senang. Jangan bagi si bulus anda makan ikan, atau ayam dan daging, yang sudah rosak kerana ia tidak bagus untuknya dan boleh membuatkannya jatuh sakit.

7. Cili
Bau cili dan rempah-rempah lain yang ‘tajam’ seperti kari dan kayu manis tidak disukai oleh kucing kerana terlalu kuat bagi hidungnya. a
Baca Juga: Kenapa Kucing Hidu Punggung Kucing Lain?