Buang Kucing Jauh Dari Rumah Tapi Boleh Balik Semula );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Buang Kucing Jauh Dari Rumah Tapi Boleh Balik Semula, Ini Kehebatan Kucing!

Share

Anda ada pengalaman membuang kucing tapi dua tiga hari lepas tu kucing boleh balik semula ke rumah? Mungkin anda bukan buang kucing sendiri tapi kucing liar yang mengganggu kehidupan seharian atau ganggu tanaman anda di rumah.

Mengambil langkah selamat, anda cuba membuang atau meninggalkan kucing di tempat lain jauh dari rumah. Yang peliknya kucing tu boleh balik semula. Tahu tak, sebenarnya kucing memiliki keistimewaan mampu ingat jalan pulang walaupun jarak yang agak jauh. Ketahui keistimewaan kucing mengenai ingatan yang bagus.

Kemampuan Berjalan 

Kalau anda tinggalkan kucing dengan jarak yang tidak begitu jauh dari rumah, pasti mereka akan pulang dengan tiada masalah. Tapi kalau anda tinggalkan terlalu jauh, si bulus tidak mampu berjalan pulang. Biasanya haiwan peliharaan seperti kucing akan menggunakan navigasi atau waze tersendiri untuk ‘agak’ lokasi yang mereka ingin tuju. Kebolehan seperti bau, penglihatan yang tajam dan daya ingatan mereka akan menentukan arah dan jarak.

Ingatan Yang Kuat

Tahap ingatan si bulus ni memang bagus. Walaupun pergi merayau ke mana saja, tetap tahu jalan pulang ke rumah. Sama juga jika anda bawa kucing jauh dari rumah, sebenarnya kucing boleh ingat jalan yang dilalui. Kajian mengatakan si bulus dapat rasa tempat tinggalnya semakin jauh. Si bulus akan menggunakan landmark di mana kedudukan mereka dari tempat tinggal asal. Jadi, tak hairanlah kalau kucing yang anda bawa pergi tiba-tiba muncul semula dekat rumah.

Peta

Sebenarnya si bulus ada peta dalam fikiran mereka. Dengan menggunakan mental map, si bulus jarang membuat kesalahan memilih jalan pulang. Kehebatan kucing mengingati jalan dan landmark memang tidak boleh disangkal.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!