Bukan Sekadar Manja, Ini Punca Kenapa Kucing Suka Gosok Kepala Pada Kita );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Bukan Sekadar Manja, Ini Punca Kenapa Kucing Suka Gosok Kepala Pada Kita

Share
kita

Perilaku si meow yang gemar menggosok kepalanya pada kita sering dianggap sebagai tanda sayang dan manja mereka terhadap si pemilik.

Tidak dinafikan, ia sememangnya salah satu cara si meow menyampaikan rasa cinta mereka pada seseorang namun ada seperkara lagi yang perlu anda tahu tentang perbuatan tersebut.

Tabiat kucing menggeselkan kepala ke badan manusia adalah kerana mereka ingin meninggalkan feromonnya pada badan anda.

 

Apa Itu Feromon?

kita

Feromon merupakan sejenis kelenjar berbau yang terdapat di bahagian kepala, pipi, bibir, hidung dahi dan telinga kucing.

Sekiranya kucing menggosok salah satu daripada anggota bahagian tersebut pada kita, ini menandakan bahawa si meow ingin meninggalkan jejak bau mereka.

Bau adalah penting bagi habitat semula jadi kucing. Dengan cara itu, mereka akan menandakan wilayah dan melakukan aktiviti memburu dengan menjejak semula bauan feromon yang ditinggalkan. Jadi takda la sesat si meow nanti, bau dia pun dah melekat pada badan kita!

 


Baca Juga: Nak Tahu Kucing Rindukan Kita Ataupun Tidak? 4 Tanda Si Meow Sangat Merindui Anda


Tanda Sayang

kita

Menggosok kepala juga merupakan tanda sayang sesama kucing. Komunikasi antara ibu kucing dan anak kucing juga sering dilihat dengan menggosok kepala.

Itulah sebabnya mengapa kucing jantan sering menyembur objek atau pokok dengan kencing mereka. Kencing kucing jantan juga mengandungi sejenis bau feromon yang kuat.

Lebih-lebih lagi jika kucing jantan adalah alpha ataupun ketua keluarga, bau dia tu memang susah nak hilang..

 

[Sumber: yoursay]

 

Baca Juga: Si Meow Suka Tidur Bersama Anda? 3 Faktor Mengapa Kucing Suka Sangat Menyibuk Atas Katil

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!