Bulus Di Rumah Selalu Bergaduh? Mungkin Ini Sebabnya );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Bulus Di Rumah Selalu Bergaduh? Mungkin Ini Sebabnya

Share
bulus gaduh

Memelihara lebih daripada seekor bulus memang seronok dan membahagiakan kerana banyak telatah comel dan lucu mereka yang mencuit hati.

Tetapi cabarannya juga amat besar, lebih-lebih lagi jika mereka tidak sebulu. Asyik nak bergaduh saja kerjanya. Jika kucing anda kerap bergaduh, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka tidak puas hati antara satu sama lain. Cuba periksa jika bulus anda mengalami perkara di bawah.

 

1. Stres

Kucing yang stres lebih cenderung untuk bergaduh bersama kucing lain untuk melepakan stresnya. Anda harus memastikan kucing di rumah anda tidak stres dengan persekitarannya dan juga kucing lain yang mungkin sentiasa mengganggunya.

2. Bosan

Kucing yang bosan juga kadang-kadang gemar ‘mencari gaduh’ dengan kucing lain bagi menghilangkan kebosanannya. Disebabkan itu anda harus sentiasa bermain dengan kesemua bulus anda atau memberi mereka mainan atau hiburan lain supaya mereka tidak berasa bosan

 

3. Berebut barang

Jika anda mempunyai lebih dari seekor bulus, pastikan barang-barang kelengkapan kucing yang ada di rumah juga sesuai dengan jumlah kucing yang anda miliki. Ini termasuk bekas makanan dan minuman, tandas, mainan dan juga rumah kucing. Kucing adalah haiwan yang amat mementingkan privasi jadi mereka seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi barangan dengan kucing lain.

4. Cemburu

Sebagai pemilik, anda harus berlaku adil kepada semua bulus dan tidak melebih-lebihkan kasih sayang kepada kucing tertentu terutama di hadapan kucing lain. Kucing juga mempunyai perasaan dan mereka pasti akan berasa cemburu jika melihat kucing lain mendapat layanan istimewa berbanding mereka.

 

5. Cara perkenalan yang salah

Jika anda membawa pulang kucing baru ke rumah, anda harus memperkenalkannya kepada kucing di rumah secara perlahan-lahan. Kucing adalah haiwan yang amat sensitif kepada kehadiran makhluk baru tidak kira sama ada kucing lain, haiwan lain atau bayi anda sendiri. Proses perkenalan memang memakan masa dan harus dilakukan beransur-ansur. Jika kucing-kucing anda kerap bergaduh walaupun telah lama bersama, mungkin anda boleh melakukan proses pengenalan semula.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!