Cara Kenalkan Anak Kucing Kepada Haiwan Peliharaan Lain );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Cara Kenalkan Anak Kucing Kepada Haiwan Peliharaan Lain

Share

Jika anda berniat untuk membawa anak kucing ke dalam rumah, pastikan anda tahu bagaimana anak kucing atau haiwan lain menyesuaikan diri. Anak kucing yang baru belajar untuk mengenali dan dikenali, lebih manja dan lincah. Jadi, mereka sangat periang dalam masa yang sama garang kerana ingin mempertahankan diri dengan persekitaran baru.

Sebenarnya, anak kucing lebih mudah berkawan berbanding kucing dewasa. Anda perlu bantu dan berikan pendedahan kepada haiwan peliharaan lain untuk sesuaikan diri dan menjalinkan hubungan dengan haiwan lain. 

Anak Kucing Masuk Kawasan

Kalau ada kucing lain dalam rumah dan anda bawa pulang kucing baru mesti kucing dalam rumah tidak selesa kerana ada pesaing. Spesis kucing pula sangat menjaga kawasan mereka, jadi mungkin ada sedikit pergaduhan. Jangan paksa kucing baru dan kucing sedia ada berkawan, biarkan mereka mengenali antara satu sama lain secara semula jadi. Lama-kelamaan si bulus ini akan belajar hidup bersama dan jadi berkawan baik.

Anak Kucing Dan Anjing

Sama juga seperti bawa balik kucing baru. Jika rumah ada mempunyai anjing dewasa, kenalkan anak kucing secara perlahan-lahan. Anjing lebih mudah menerima ‘kawan baru’. Jadikan anjing sebagai ketua. Anak kucing akan bermanja-manja dan suka mengambil perhatian si anjing. Selepas beberapa minggu anjing dan anak kucing akan bermain bersama.

Anak Kucing Dengan Haiwan Lebih Kecil

Jika anda memelihara haiwan yang lebih kecil dari anak kucing seperti tikus belanda, arnab atau tupai terbang pastikan haiwan-haiwan ini tidak dikeluarkan dari sangkar semasa anak kucing berkeliaran. Pastikan haiwan-haiwan peliharaan anda yang lain mempunyai kawasan yang selesa, sangkar yang bersih, minum dan makan yang cukup. Jangan biarkan anak kucing bermain dengan haiwan lain terlalu lama, takut dimakan pula. Jangan lupa bahagikan kasih sayang sama rata.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!