Cara Mengenal Pasti Jantina Anak Kucing );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Cara Mengenal Pasti Jantina Anak Kucing

Avatar
Share

Anda pasti teruja dan seronok untuk mengetahui jantina anak kucing anda. Jadi ia memudahkan anda untuk menjaga mereka dan membuat rekod untuk anda.

Cara mengenal jantina jantan:

Anda perlulah mengambil tuala dan memegang anak kucing dengan perlahan dan lembut agar tidak menyakiti mereka. Baringkan mereka dengan perut ke bawah dan angkat ekor dan lihat antara kawasan kelamin.

1. Terdapat zakar kecil terkeluar di bahagian kelamin mereka,
2. Jurang antara bahagian dubur dan zakarnya ialah 1 hingga 2 cm,
3. Bulu tumbuh di bahagian dubur.

Zakar mereka sangat kecil dan sukar untuk dilihat jika mereka masih kecil atau baru lahir tetapi anda akan melihatnya selaras dengan perkembangan mereka.

Kucing, Hewan Muda, Anak Kucing

Tetapi jangan menekan atau menyentuh bahagian tersebut kerana ianya sensitif dan masih baru bagi mereka.

Anda mungkin boleh menyakiti mereka seandainya memperlakukan dengan kasar.

Cara mengenal jantina betina:

Terdapat beberapa perbezaan antara jantina jantan dan betina.

1. Jarak dubur dan alat kelamin mereka kurang dari jarak kucing jantan; kedudukan mereka bersebelahan,
2. Tiada penumbuhan bulu pada dubur dan vagina mereka.

three assorted-color kittens

Perkara ini amat penting bagi pencinta kucing, kerana ia boleh membuat anda lebih bersedia menjaga kucing anda di samping menambah ilmu pengetahuan tentang dunia kucing.

Sumber: Journal Online, Zulazizi Boarding Pets

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!