3 Cara Untuk Tenangkan Kucing Yang Sedang "Onheat" );

Type to search

Cattiviti Haimeow

3 Cara Untuk Tenangkan Kucing Yang Sedang “Onheat”

Avatar
Share

Semua pemilik kucing mesti menghadapi masalah kucing kesayangan mereka yang mengalami musim “onheat” atau berahi. Ianya terjadi tidak kira kucing jantan atau betina.

Mereka kalau sedang dalam mood “onheat” memang boleh buat pecah kepala kerana mereka akan sering membuat bising selagi nafsu mereka tidak tercapai.

Namun anda boleh mencuba perkara ini sebelum anda membuat keputusan untuk memandulkan mereka kerana ia melibatkan wang dan masa.

1. Kenalpasti Kucing Dalam Fasa “Onheat” Atau Bukan

Perkara ini sangat penting untuk memastikan dengan tepat adakah kucing anda itu sebenarnya memang sedang mengalami fasa “onheat” atau terdapat masalah lain.

Kucing anda akan membuat bising sepanjang hari tanpa henti dan akan meneran seakan sedang mencari pasangan mereka. Mereka juga akan kelihatan sangat gelisah dan tidak duduk diam.

Kucing, Dachowiec, Anak Kucing, Kocurek

Kelakuan mereka juga sangat tidak tenteram kerana akan sering menyendeng badan ke anda atau objek seolah sedang menggoda pasangan mereka.

Untuk kucing betina anda boleh ketahui dengan menggaru bahagian tulang belakang mereka. Jika menunjukkan kesan maka kucing anda sedang “onheat“.

2. Asingkan Kucing Anda

Sekiranya rumah anda terdapat kucing jantan dan betina yang dewasa, cuba asingkan mereka.

Paling senang jangan bagi mereka berjumpa langsung kerana dikhuatiri mereka akan mengawan tanpa anda sedari. Kurung mereka dalam sangkar yang berlainan dan tempat yang jauh untuk mereka menghidu dan mengesan sesama sendiri.

Perkara ini sangat penting agar mereka dapat mengurangkan perasaan ingin mengawan. Tetapi perlu diingatkan juga agar sentiasa pastikan tiada kucing liar yang berlainan jantina datang ke kawasan mereka.

Kucing, Kesedihan, Sedih

3. Catnip

Cara ini mungkin agak tidak mempunyai kesan yang lama tetapi ia dapat membantu menenangkan mereka. Kucing yang sedang fasa “onheat” akan gelisah dan stres selagi mereka tidak memuaskan hajat mereka.

Gunakan catnip untuk menenangkan dan mengalihkan tumpuan mereka dari hendak melakukan perkara tersebut. Setelah mereka tenang cuba anda berborak atau bermain dengan mereka. Ianya pasti dapat mengurangkan perasaan mereka untuk mengawan dengan kucing berlainan jantina.

Lebah Bulu, Lebah, Catnip, Jelatang

Jikalau anda mempunyai wang yang mencukupi dan masa anda bolehlah membawa mereka ke hospital kerajaan atau swasta yang berdekatan untuk memandulkan mereka. Jadi mereka tidak lagi mempunyai nafsu untuk mengawan dan fasa “onheat“.

[Sumber: Nurfuzie Blog]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!