Kenapa Kucing Suka Cium & Hidu Bau Kaki Kita? Ini 4 Sebab Yang Anda Perlu Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kenapa Kucing Suka Cium & Hidu Bau Kaki Kita? Ini 4 Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Share
hidu

Kucing sememangnya memiliki pelbagai karenah dan tingkah laku yang sukar dijangka terutama sekali bagi si meow yang masih lagi kecil.

Setiap apa yang dilakukan mereka mempunyai faktor dan sebab-sebab tertentu namun tahukah anda mengapa si meow suka menghidu bau kaki kita?

Perlakuan ini mungkin dianggap satu perkara yang menjijikkan dan kotor oleh sesetengah pihak. Maklumlah, kaki kan tempat untuk dipijak mana sesuai dihidu kucing.

Bagi anda yang pernah melalui situasi seperti ini pastinya merasa pelik dan tertanya-tanya mengapa kan? Berikut merupakan 4 sebab yang anda perlu tahu:

 

Kaki Manusia Menghasilkan Bau & Aroma Kuat

hidu

Seperti yang kita sedia maklum, kaki sememangnya merupakan anggota badan yang paling terdedah dengan kekotoran.

Maka tidak peliklah jika sesetengah orang memiliki kaki yang sedikit berbau. Namun jangan pelik tau kerana kucing amat menggemari bau kaki kita!

Ini adalah kerana, kucing mempunyai satu sifat ingin tahu yang begitu tinggi untuk mengetahui apakah jenis bauan yang dihidunya.

Dalam situasi ini,si meow sebenarnya ingin mencari punca bau busuk yang hadir dari kaki anda dan sebaik sahaja berjaya menemukannya, mereka akan menjauhkan diri.

 

Menunjukkan Rasa Sayang & Cinta

hidu

Perasan tak setiap kali bila anda selesai beri si meow makan, mereka akan bertindak mencium dan menghidu bahagian kaki anda.

Ini menandakan si meow sangat menyayangi anda dan mahu meninggalkan kesan di bahagian kaki. Secara tidak langsung ia menandakan bahawa anda sebagai miliknya.

Oleh itu, kucing akan sentiasa singgah dan menghidu kaki anda berulang kali.

 

Anda Sukar Dicapai

hidu

Ini berlaku apabila anda berada di kawasan yang terlampau tinggi ataupun sukar untuk dicapai si meow.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan si meow adalah mereka cuma mampu mencium, menghidu ataupun menggosok badan mereka pada kaki anda.

Ianya bertujuan bagi mendapatkan perhatian serta sebagai tanda mereka inginkan sesuatu daripada anda. Si meow mungkin inginkan makanan, permainan ataupun sekadar ingin mengajak anda bermain bersama mereka.

Sesekali kena la bermanja-manja jugak dengan si meow ni tau!

 

Ketagihan Ataupun Tabiat

hidu

Kucing yang masih lagi di peringkat kecil sering menganggap ini sebagai satu tabiat ataupun habitat buat mereka.

Rata-rata anak kucing menganggap perlakuan menghidu bau kaki manusia sebagai sejenis tabiat yang menyenangkan dan perlu dilakukan sepanjang masa.

Namun begitu, usah risau.. tabiat ini boleh hilang sebaik sahaja mereka mula meningkat dewasa dan mula menjadi lebih tenang.

Kebiasaannya anak kucing yang akan lebih cenderung untuk mencium, menghidu serta menggigit kaki si pemilik.

Sesekali si meow nak bergurau dan bermanja apa salahnya kan?

 

[Sumber: mentari]

 

Baca Juga: Kucing Menggigil Tanda Kesejukan? 3 Perkara Ada Perlu Tahu Tentang Tindak Balas Si Meow Pada Suhu Rendah

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!