Kenapa ekor kucing ada yang panjang ada yang pendek? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kenapa ekor kucing ada yang panjang ada yang pendek?

Share
ekor kucing

Ekor adalah salah satu bahagian yang amat penting pada tubuh kucing kerana ia merupakan salah satu cara untuk kucing berkomunikasi, juga bertindak sebagai alat keseimbangan yang penting. ekor kucing

Pemilik kucing haruslah mengetahui bahasa tubuh kucing termasuk ekornya supaya dapat memahami keadaan kucing sendiri.


Baca Juga: Kajian Buktikan Kucing Miliki Ikatan Kuat Terhadap Tuannya Sama Seperti Bayi Dan Ibu Bapanya, Anjing Dan Tuannya


Namun, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa ada kucing yang mempunyai ekor panjang dan ada juga sebahagian yang mempunyai ekor yang pendek manakala ada juga kucing yang tidak mempunyai ekor seperti baka Manx. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan saiz ekor kucing ini?

Menerusi video TikTok seorang doktor kucing, @drh.nurulanjar, kucing pada asalnya dilahirkan dengan ekor yang panjang.

Baka Japanese Bobtail [Foto: Wikipedia]

Namun, seiring dengan perkembangan zaman, kucing-kucing berlainan baka membiak secara rawak dan ini menyebabkan berlakunya campuran genetik pada kucing.

Genetik adalah faktor yang menentukan warna, corak, saiz dan bahagian lain tubuh kucing termasuk ekor kucing.

Perbezaan genetik ini membuatkan kucing-kucing yang kita lihat mempunyai berlainan bentuk, warna dan corak.

Ini juga menjadi penyebab mengapa sebahagian kucing dilahirkan dengan ekor pendek dan ada juga yang tidak mempunyai ekor.

Antara baka kucing yang terkenal dengan ekor pendek adalah American Bobtail, Kurilian Bobtail, Japanese Bobtail, Pixie Bob dan lain-lain.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!