Ekspo Kucing Edisi Ke-3 Tampil Dengan Elemen BIGGER AND BETTER Verst Cattiviti );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Ekspo Kucing Edisi Ke-3 Tampil Dengan Elemen BIGGER AND BETTER

Share

Ekspo kucing 2019 anjuran Murni Ekspo membuka tirainya hari ini di Matrade Exibition & Convention Centre, Kuala Lumpur. Acara yang masuk edisi ke-3 itu menempatkan sebanyak 160 booth yang menampilkan lebih 500 barangan kucing dengan pelbagai promosi dan diskaun yang menarik.

Dengan jangkaan kehadiran seramai 15 ribu pengunjung, acara tersebut akan berlangsung pada jam 11 pagi sehingga 9 malam dari 4 hingga 6 Oktober 2019.

Pengunjung boleh menjangkakan satu acara yang hebat dan menakjubkan kerana pada edisi kali ini, penganjur menjanjikan elemen BIGGER AND BETTER buat semua pengunjung.

Penganjur turut berharap dapat meneruskan momentum kejayaan seperti tahun-tahun sebelumnya dengan kehadiran pengunjung yang amat memberangsangkan.

Antara aktiviti utama yang akan berlangsung adalah Pertandingan Kucing Antarabangsa Terbesar FIFE yang dikendalikan oleh Kelab Kucing Malaysia.

Anda juga boleh bermesra bersama haiwan-haiwan yang lain seperti arnab, alpaca, serta haiwan eksotik di kawasan Petting Zoo.

Selain itu, terdapat juga booth yang menawarkan ‘cat adoption’ bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kucing secara percuma.

Pengunjung hanya perlu membayar RM5 untuk tiket masuk, manakala bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, warga emas serta warga OKU, masuk adalah percuma.

Majalah Haimeow selaku rakan media bagi Ekspo Kucing 2019 menjemput semua pencinta kucing dan haiwan peliharaan untuk datang dan memeriahkan lagi ekspo kucing terbesar di Malaysia ini. Anda boleh dapatkan naskah Haimeow dengan harga RM 5 SAHAJA ekslusif di Ekspo Kucing 2019!

Tags:
error: Content is protected !!