Kucing Berak Merata Di Kawasan Rumah & Kejiranan? 4 Benda Korang Boleh Buat Untuk Atasi );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Haimeow

Kucing Berak Merata Di Kawasan Rumah & Kejiranan? 4 Benda Korang Boleh Buat Untuk Atasi

Share
berak

Pasti ada kucing jiran atau kucing jalanan yang sering berak berdekatan halaman rumah sehingga mengeluarkan bau yang busuk dan tidak selesa.

Lebih malang lagi bila kucing tersebut meninggalkan ‘tanda’ dan datang ke tempat yang sama untuk berak walaupun ia sudah dibersihkan sebelum ini.

Sebenarnya ada beberapa cara mudah yang korang boleh gunakan untuk mencegah kucing korang daripada terus berak merata di kawasan rumah.

berak
kucing berak

Sebar bau yang dibenci kucing

Salah satu cara untuk menghentikan tabiat ini adalah dengan menyebarkan aroma taau bau yang tidak disukai oleh kucing.

Kucing sangat sensitif dengan bau kuat seperti lavender, pudina atau kayu manis akan membuatkan ia menjauhkan diri.

Korang boleh pilih salah satu daripada aroma ini dan campurkan dengan air dan curahkan ke kawasan halaman rumah.

Walaupun bau aroma itu tidak dapat bertahan lama, namun cara ini jimat dan tidak akan membahayakan si kucing.

Ulang beberapa kali sehinga kucing tidak lagi muncul di halaman rumah dan meninggalkan jejaknya.

berak

Kulit limau

Potong kulit limau atau lemon dan letakkan di sekitar halaman rumah korang.

Kucing tidak suka bau asid dan sesuatu yang menyengat daripada limau atau lemon. Kalau korang nak lagi berkesan, cuba perah air kulit limau ke lantai atau rumput yang sering diberak.


BACA JUGA: Kucing Jiran Berak Merata Depan Rumah? Denda RM1000 Boleh Dikenakan Pada Si Pemilik


berak

Ranting

Kucing tidak suka tanah yang berduri atau mempunyai benda asing yang akan menyukarkan mereka untuk berjalan. Jadi, korang boleh taburkan ranting untuk membuatkan ia menjauhkan diri.

Walaupun ranting akan mencacatkan pemandangan sekitar rumah, tapi ia juga merupakan satu penyelesaian terbaik tanpa mencederakan si kucing. 

berak

Pisang

Kucing tidak suka bau pisang jadi cara lain untuk elakkan mereka dari berak merata adalah dengan memotong halus pisang dan taburkan ke lantai.

Pisang yang matang akan mengeluarkan bau yang kuat dan membuatkan kucing lari ketakutan. 

[Sumber: MStar]
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!