Ini 5 Fakta Menarik Tentang Si Bulus yang Korang Belum Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Haimeow

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Si Bulus yang Korang Belum Tahu

Share
fakta

Siapa tak kenal kucing kan, haiwan yang tidak asing lagi dala kehidupan manusia. Si bulus berkaki empat ini sangat digemari ramai kerana kecomelan dan karakternya yang mencuit hati.

Ini 5 fakta yang korang perlu tahu sebagai pencinta kucing.

1. Mata kucing ada maksudnya yang tersendiri

Si bulus memiliki mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri dalam situasi tertentu.

Anak mata si bulus akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berasa dalam situasi tertentu seperti sedang melihat mangsanya atau ketika sedang melihat wajah tuannya.

2. Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

Corduroy, Kucing Tertua yang pernah masuk rekod dunia Guinness.

Menurut Rekod Dunia Guinness, kucing tertua di dunia berusia 26 tahun bernama Corduroy yang masih hidup.

Tetapi, mengikut rekod lain, kucing tertua yang pernah wujud merupakan seekor kucing bernama Creme Puff dan si bulus tersebut berusia 38 tahun 3 hari.

BACA JUGA: 6 Kehebatan Kucing Ramai yang Tak Tahu, Last Sekali Baca Betul-betul

3. Kepakaran berburu kucing lebih baik berbanding anjing

Yup, ia juga fakta dan bukan mitos semata. Dalam satu kajian, ia ada menyatakan si bulus merupakan haiwan pemburu yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan anjing.

Kucing mempunyai keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

4. Cara beri belaian yang betul pada kucing

Menurut kajian dari Universiti Lincoln, si bulus suka disentuh di bahagian wajah mereka, terutama sekali di bawah dagu, pipi serta kepalanya.

Manakala tempat yang paling dibenci oleh mereka ialah di bahagian ekornya kerana kawasan tersebut membuat kucing tidak berasa selesa.

5. Lelaki pencinta kucing lebih menenarik di mata perempuan

Hah gais, fakta ini bukan gurauan semata. Lelaki yang menyayangi haiwan seperti kucing lebih membuatkan perempuan tertarik dengannya.

Dikukuhkan lagi dengan kajian ini, wanita lebih tertarik dengan lelaki pencinta kucing kerana nampak lebih penyayang serta romantik berbanding lelaki yang tidak pelihara kucing atau mempunyai alahan pada si bulus.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!