Betulkah Oyen Kucing Paling Nakal? Fakta Menarik Tentang Warna Kucing Yang Anda Mungkin Tak Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Betulkah Oyen Kucing Paling Nakal? Fakta Menarik Tentang Warna Kucing Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Share
warna kucing

Kucing domestik yang wujud hari ini adalah berasal dari keturunan kucing liar dari timur tengah yang dipanggil Felis silvestris lybica.

Kucing-kucing pada zaman dahulu tidak mempunyai variasi warna sehinggalah mereka mula dijinakkan ketika zaman Mesir Purba sekitar 4000-2000 sebelum Masihi.

Sejak 200 tahun kebelakangan ini, pembiakan terpilih telah menjadi perkara biasa yang menyebabkan kucing pada hari ini mempunyai variasi warna seperti yang kita lihat.

Disebalik kepelbagaian warna kucing yang kita lihat pada hari ini, banyak fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu. Betulkah kucing oren yang paling nakal? Benarkah semua kucing mempunyai corak yang sama?

Berikut adalah fakta menarik tentang warna kucing:

Kebanyakan oyen adalah jantan

Secara kasarnya, dua pertiga daripada oyen adalah jantan. Mungkin disebabkan inilah majoriti oyen sangat nakal.

Warna oren berasal dari mutasi gen pada kromosom X dan disebabkan kucing betina mempunyai dua kromosom X, kebarangkalian untuk mereka membentuk mutasi gen oren pada keduanya adalah rendah, walaupun tidak mustahil.

Ini berbeza dengan kucing jantan yang mempunyai satu kromosom X dan satu Y, jadi ia hanya memerlukan satu mutasi gen untuk membentuk warna oren.

Kucing yang pekak selalunya berwarna putih

Kucing yang pekak sejak lahir kebiasaannya berwarna putih kerana gen yang membentuk warna putih juga adalah gen sama yang menyebabkan kuicng pekak dan matanya menjadi biru.

Tetapi terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi perkara ini. Kesimpulannya, tidak semua kucing putih adalah pekak, tetapi kebanyakan kucing yang pekak sejak lahir adalah berwarna putih dan mempunyai dua mata biru.

Hampir semua kucing tortoiseshell dan calico adalah betina

Kucing betina dengan corak tortoiseshell dan calico mempunyai mutasi gen oren pada satu kromosom X, dan satu lagi kromosom X akan menentukan warna lain.

Disebabkan kucing jantan hanya mempunyai satu kromosom X, agak jarang bagi kucing jantan mendapatkan corak ini. Kucing jantan yang bercorak tortoiseshell atau calico mempunyai kromosom tambahan, iaitu dua kromosom X dan satu kromosom Y, yang sangat jarang berlaku.

Semua kucing bercorak tabby

Ya, ini adalah fakta bahawa semua kucing adalah tabby. Sama ada corak tabby kucing timbul atau tidak adalah bergantung kepada sama ada ia mewarisi gen warna pejal (solid colour) atau tidak.

Corak tabby pada kucing akan terserlah pada satu tahap dalam hidupnya, kebiasaannya ketika ia kecil dan akan hilang ketika ia membesar. Tetapi anda masih boleh lihat corak tersebut di bawah cahaya atau matahari.

Seekor ibu kucing boleh mempunyai anak dalam pelbagai warna

Seekor anak kucing boleh mengandungi kucing dengan pelbagai warna, terutamanya jika ibunya mengawan dengan lebih daripada seekor kucing jantan.

Selalunya, anak kucing jantan akan mewarisi warna si ibu, manakala anak kucing betina akan mewarisi warna daripada kedua-dua ibu dan bapanya.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!