Gaya Tidur Kucing Juga Ada Maksud, Ketahui Kenapa Kucing Anda Tidur Dalam Posisi Tertentu );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Gaya Tidur Kucing Juga Ada Maksud, Ketahui Kenapa Kucing Anda Tidur Dalam Posisi Tertentu

Share
gaya tidur kucing

Menurut kajian, kucing menghabiskan 70% daripada hidupnya untuk tidur. Wow! lama betul kucing tidur kan. Dan jika anda perasan, kucing mempunyai pelbagai posisi atau gaya tidur yang berlainan, sama juga seperti kita. gaya tidur kucing

Kadang-kadang ada gaya yang kelihatan pelik dan sangat tidak selesa di mata kita, tetapi sebenarnya setiap posisi tidur membawa maksud yang tertentu.

Jom ketahui apakah makna di sebalik setiap gaya tidur kucing.

1. Melengkung seperti bentuk bulan sabit

Ini adalah salah satu gaya tidur kucing yang biasa. Kucing kebiasaannya tidur seperti ini untuk mengekalkan kehangatan tubuhnya terutamanya pada musim sejuk. Selain itu, mereka juga mahu melindungi kawasan organ penting mereka tertutamanya bagi kucing jalanan yang sentiasa berdepan bahaya pemangsa dan musuh.

2. Tidur di dalam kotak

Kita semua tahu kotak merupakan salah satu objek yang paling digemari kucing. Kotak dapat membantu kucing mengekalkan kehangatan tubuh mereka serta bersembunyi daripada sesuatu yang mengganggunya. Mungkin ia tidak mahu tidurnya diganggu oleh anak-anak kecil atau kucing lain di rumah anda. Mungkin juga anda sendiri yang selalu mengganggu tidurnya.

3. Terlentang

Jika kucing anda sentiasa tidur dalam posisi ini, anda harus berbangga kerana ini menandakan ia amat mempercayai anda. Perut merupakan kawasan sensitiif dan dianggap sebagai kelemahan kucing. Kucing hanya akan tidur dalam posisi ini jika ia selesa dan percayakan pemiliknya sepenuhnya.

4. Meniarap tegak atau ‘loaf’

Jika kucing anda tidur dalam posisi sebegini, ini bermakna ia tidak bercadang untuk tidur lama dan hanya mahu melelapkan mata seketika untuk ‘mengecas’ tenaga sebelum kembali menyepahkan rumah anda. Gaya tidur kucing ini juga bermaksud kucing anda sedang tenang dan tidak berasa terancam.

5. Mata terbuka sedikit

Pernah tak anda perasan kucing anda seakan-akan sedang tidur tetapi matanya tetap kelihatan terbuka sedikit? Ini bermakna ia mahu berehat tetapi dalam masa yang sama masih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Kucing jalanan selalunya akan berehat seperti ini supaya ia tidak diserang pemangsa atau musuh secara tiba-tiba. Jika kucing di rumah anda berehat seperti ini, mungkin ia mahu berjaga-jaga dengan ‘pengacau’ yang selalu mengganggu ketenteramannya.

6. Tidur duduk

Ini adalah salah satu gaya tidur kucing yang menandakan ia hanya mahu melelapkan mata sebentar, dan dalam masa yang sama tetap berjaga-jaga dengan keadaan sekelilingnya. Gaya ini biasa dilakukan oleh kucing jalanan supaya mereka boleh bertindak balas terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

7. Tutup muka dengan tangan

Gaya ini bermaksud “jangan kacau saya”. Kucing anda sedang dalam tidur yang lena jadi cuba biarkan ia berehat walaupun posisi ini kelihatan begitu comel dan membuatkan kita geram. Kadang-kadang kucing menutup matanya untuk menghalang cahaya ketika tidur, jadi tolong tutup tingkap atau lampu dan support masa tidur kucing anda.

8. Meniarap memanjang seperti kereta api

Kadang-kadang pasti kita perasan kucing akan tidur secara memanjang di kawasan seperti kepala sofa, tangga dan di atas tembok. Ini adalah salah satu caranya untuk berehat sambil memerhatikan kawasan sekeliling dari tempat tinggi.

9. Mengiring

Seperti gaya terlentang, kucing yang tidur dalam posisi ini bermakna ia sedang berada dalam keadaan tenang dan sedang lena. Posisi ini masih mendedahkan bahagian perutnya, jadi ini bermakna ia berasa selamat dan tidak perlu berjaga-jaga.

10. ‘Gaya bebas’

Pasti juga anda pernah melihat kucing tidur dengan gaya yang amat pelik sehingga bertanya kepada diri anda “tak sakit belakang ke tidur macam tu?”. Susah sebenarnya untuk mengetahui mengapa kucing tidur dalam posisi seperti ini, tetapi mungkin ia betul-betul nyenyak sehingga tidak sedar ia dalam posisi tersebut.

Baca: 7 Perkara Manusia Buat Yang Kucing Tidak Suka

gaya tidur kucing gaya tidur kucing

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!