5 Gelagat Pelik Si Meow Yang Korang Kena Tau Kenapa Ianya Berlaku );

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Gelagat Pelik Si Meow Yang Korang Kena Tau Kenapa Ianya Berlaku

Share
korang

Kucing merupakan seekor haiwan peliharaan yang sangat comel dan digemari ramai.

Namun pernah tak korang tengok si meow secara tiba-tiba berperlakuan pelik ataupun lain daripada kebiasaannya?

Kita sedia maklum bahawa kucing mempunyai sifat dan perwatakan yang sering berubah-ubah dan ianya sekaligus meninggalkan tanda tanya pada kita yang melihat perangai pelik mereka.

Berikut merupakan 5 gelagat pelik dan punca mengapa mereka sering melakukannya.

Kucing Tiba-Tiba Menggigit

korang

Perasan tak kadang-kadang ketika si meow sedang seronok dibelai, secara tiba-tiba tangan kita digigit dan diterkam?

Sekiranya itu berlaku, ianya adalah petanda bahawa mereka mahu berhenti dibelai.

Menurut Dr. John Bradshaw, yang merupakan pakar kucing, sebelum menggigit atau mencakar, skebiasaannya kucing akan mengeluarkan tanda sekiranya mereka tidak mahu dibelai.

Ianya boleh dikesan apabila kucing mengibaskan ekor, menaikkan telinga, melebarkan mata hitam serta merenggangkan otot.

Kucing Sepahkan Barang Atas Meja

korang

Sekiranya situasi ini terjadi, ini menandakan bahawa kucing korang mahukan perhatian.

Selain itu, mereka juga melihat ini sebagai satu bentuk hiburan buatnya meskipun sedar akan dimarahi kemudiannya, ianya mungkin satu cara untuk si meow mendapatkan perhatian si pemilik.

Kalau kucing korang sepahkan barang jangan marah tau, belai la dorang.. kesian, nak perhatian je tu.

Kucing Tenung & Berkelip

korang

Walaupun kelakuan kucing sukar untuk ditafsir dan difahami, haiwan berbulu ini menunjukkan kasih sayang dengan berkelip perlahan.

Penyelidik berpendapat bahawa ianya sebagai tanda ‘kitty kisses’.

Suka Tidur Di Komputer Riba

Situasi ini kerap terjadi ketika anda sedang bekerja, di mana kucing secara tiba-tiba datang mengganggu anda di komputer.

Menurut kajian, terdapat dua perkara yang menarik perhatian kucing kepada komputer atau komputer riba iaitu kehangatan yang dipancarkan komputer, serta tekstur papan kekunci yang menarik untuk kaki kucing.

Makan tak hairanlah mengapa si meow suka sangat baring dan tidur di papan kekunci komputer kan?

Terkejut & Takutkan Diri Sendiri

korang

Ini berlaku apabila kucing kecewa kerana tidak diberi perhatian dan kurang melakukan aktiviti ataupun bermain.

Si meow akan melepaskan kebosanannya dengan berlari kecil seolah-olah dalam ketakutan.

Sebagai contoh sebarang pergerakan walaupun debu habuk berterbangan, kucing boleh terkejut dan berlari tidak menentu.

Sekiranya kucing korang kerap berperlakuan seperti di atas, ketahuilah bahawa mereka masih normal.

Hanya perhatian dan kasih sayang yang ditagih daripada mereka. Maka berikanlah si meow belaian yang manja dengan kerap ye gais!

 

[Sumber: merdeka]

 

Baca Juga: Kucing Tak Tidur Malam? Ini Apa Yang Mereka Lakukan Bila Kita Tidur

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!