Sambut Ulang Tahun Keempat, Pengasas Bawal Exclusive Hadiahkan Kucing Kesayangan Rantai Emas RM25,890 );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Sambut Ulang Tahun Keempat, Pengasas Bawal Exclusive Hadiahkan Kucing Kesayangan Rantai Emas RM25,890

Share
Kucing

Bagi pemilik kucing, si bulus adalah seperti anak mereka sendiri. Apa-apa pun sanggup dilakukan dan dikorbankan untuk kebahagiannya.

Pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri baru-baru ini menggemparkan media sosial apabila berkongsi hadiah yang dibeli untuk bulus kesayangannya sempena ulang tahun keempat.


Baca Juga: Gelagat Kucing ‘Masuk Air’ , Tapi Pura-Pura Baik Bila ‘Mak’ Lalu, Kemudian Buat Perangai Semula


Ramai yang terkejut apabila wanita itu mendedahkan bahawa dia menghadiahkan rantai emas bernilai RM25,980 kepada kucingnya yang bernama Money itu.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, Haliza berkongsi saat-saat dia dan suami pergi ke Habib Jewels yang terletak di Ampang bagi mendapatkan rantai tersebut.

Rantai emas itu mempunyai loket yang berbentuk hati dengan nama dan tarikh kelahiran Money diukir padanya.

@halizamaysuri

Hadiah hari jadi Money yang 4 tahun.

♬ suara asli - S.dmplii03

Haliza turut berkongsi saat-saat dia melakukan ‘akad’ ketika melakukan pembayaran rantai emas berkenaan.

@halizamaysuri

Bukan satu pembaziran tapi satu pelaburan yang bijak 😻

♬ bunyi asal - Haliza Maysuri

Menurut laporan Malay Mail, Haliza berkata Money dibeli oleh dia dan suami empat tahun lalu dari sebuah kedai haiwan peliharaan.

“Suami saya sangat menyayanginya dan akan membawanya bersama bagi trip kerja atau percutian kami.

“Hari lahir Money adalah pada 9 Mei, kami mendapatkan rantai emas itu lewat kerana pada hari lahirnya, negara masih berada dalam PKP.

“Kami mahukan rantai emas buatan khas untuknya dan emas sentiasa menjadi pelaburan yang baik,” katanya kepada Malay Mail sambil menyifatkan Money sebagai salah satu ahli keluarganya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!