Hingus Kucing Adalah Suci, Bukan Najis - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Hingus Kucing Adalah Suci, Bukan Najis – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Share
Kucing

Bagi umat Islam, perkara yang melibatkan najis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi punca amalan ditolak dan menjadi sia-sia. kucing

Contohnya kucing, masih ramai umat Islam yang keliru sama ada cecair yang keluar daripada haiwan seperti hingusnya termasuk dalam kategori najis atau tidak.


Baca Juga: Kajian Buktikan Kucing Miliki Ikatan Kuat Terhadap Tuannya Sama Seperti Bayi Dan Ibu Bapanya, Anjing Dan Tuannya


Menurut penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sesawangnya, status cecair yang keluar daripada haiwan yang suci adalah suci melainkan diyakini ia keluar daripada perut.

Penyataan itu adalah berdasarkan penjelasan oleh Imam al al-Nawawi dalam kitabnya, Raudhah al-Tolibin.

Menurut kitab itu, cecair yang terpisah daripada bahagian dalaman haiwan terbahagi kepada dua bahagian.

Cecair pertama adalah cecair yang tidak mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut seperti air liur, air mata, peluh dan hingus.

Manakala cecair kedua pula merupakan cecair yang mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut kemudiannya cecair tersebut keluar seperti darah, kencing, tahi dan muntah.

Bagi cecair jenis pertama, Imam al al-Nawawi menjelaskan bahawa hukumnya adalah berdasarkan kepada hukum haiwan yang mengeluarkan cecair tersebut.

Jika haiwan tersebut dihukumkan najis, maka cecair tersebut najis. Sebaliknya, jika keluar daripada haiwan yang suci, maka cecairnya juga dihukumkan suci.

Cecair jenis kedua pula dihukumkan sebagai najis tidak kira sama ada ia keluar daripada haiwan yang boleh dimakan atau tidak.

“Berdasarkan pandangan fuqaha mazhab syafie yang dikemukakan, hingus haiwan yang diyakini bukan terhasil daripada proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut adalah suci mengikut hukum haiwan yang suci.

“Justeru itu, air liur, peluh dan hingus  kucing  dihukumkan suci kerana kucing adalah haiwan suci,” jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!