Kucing Tonton TV Dekat-dekat Boleh Rosakkan Mata Ke? Ketahui Info Menarik Tentang Kucing Dan TV Verst Cattiviti );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Tonton TV Dekat-dekat Boleh Rosakkan Mata Ke? Ketahui Info Menarik Tentang Kucing Dan TV

Share
kucing

Kucing anda gemar menonton TV? Mungkin anda tertanya-tanya mengapa mereka suka menonton televisyen? Adakah kereka faham jalan cerita yang disiarkan?

Menonton TV adalah satu perkara yang normal bagi kucing, walaupun ada kucing yang memang gemar menonton TV dan ada juga yang tidak kisah langsung tentang kewujudannya.

Kucing yang gemar menonton TV mungkin disebabkan ia mempunyai naluri pemangsa yang lebih tinggi, dan lebih senang tertarik kepada pergerakan yang berlaku di dalam TV.

Ada juga kajian yang mengatakan bahawa menonton televisyen dapat memberi manfaat kepada perkembangan mental kucing yang tidak didedahkan dengan dunia luar, atau yang sering bersendirian.

Jika kucing anda gemar menonton TV, ada kemungkinan ia sedang bosan. Jadi, ia adalah petanda untuk anda bermain dengan kucing dengan lebih kerap.

Antara soalan yang sering bermain di minda pemilik kucing adalah adakah menonton televisyen terlalu dekat dapat memberi kesan kepada mata kucing?

Memetik laporan vetstreet.com, seorang pakar veterinar dari North Carolina State University, Dr. Orlando berkata, menonton televisyen terlalu dekat tidak membawa kemudaratan kepada mata kucing anda.

“Ia tidak akan menyakitkan mata kucing anda, jadi tidak perlu memberitahunya untuk tidak duduk terlalu dekat dengan TV,” katanya.

Tetapi jika kucing anda bertindak terlalu agresif dengan menyerang skrin TV terlalu ganas, ia mungkin boleh menyebabkan kemalangan kepada dirinya dan juga merosakkan TV anda.

Kucing bertindak begini kerana naluri pemangsanya untuk menangkap mangsa sedang tinggi. Jadi mungkin anda boleh bermain dengannya atau memberinya mainan supaya ia dapat merasa kepuasan menangkap mangsa.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!