Royal Canin: Kempen 'Take Your Pet to The Vet' Kembali, Tawar Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik

Type to search

Cattiviti Haimeow Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Royal Canin: Kempen ‘Take Your Pet to The Vet’ Kembali, Tawar Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik

Share
Royal Canin Take Your Pet to The Vet

Royal Canin Malaysia kembali dengan kempen ‘Take Your Pet to The Vet’ bagi tahun 2021 dalam usaha untuk terus mendidik para pemilik dalam menjaga kesejahteraan haiwan mereka.

Kempen tersebut bertujuan menggesa pemilik kucing dan anjing untuk membawa haiwan peliharaan ke klinik-klinik veterinar yang berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk pemeriksaan kesihatan bermula dari kecil.

Kempen Take Your Pet to The Vet menggesa pemilik kucing dan anjing membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik-klinik veterinar yang berdaftar bermula pada awal usia sehingga ke usia emas.

Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr. Kavindaran Krisnasamy berkata melalui kempen itu, pihaknya mahu mencipta impak yang lebih besar terhadap kesejahteraan haiwan peliharaan.

“Buat kali pertama di Malaysia, kita mengembangkannya dengan memasukkan anjing peliharaan dalam inisiatif perkhidmatan awam ini. Pada tahun ini, kami mahu menyediakan maklumat dan tips penjagaan anjing dan kucing, memandangkan kedua-dua ‘teman berbulu’ ini merupakan haiwan peliharaan yang biasa terdapat di Malaysia.

“Semasa tempoh berkurung (lockdown), kami menerima maklum balas peningkatan pemilikan haiwan peliharaan. Justeru, penting untuk kita menekankan keperluan membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar untuk pemeriksaan berkala,sebagaisatu amalan penjagaan haiwan yang baik,” katanya yang juga seorang doktor haiwan bertauliah.

Dr. Kavindaran Krisnasamy, Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia dan juga seorang doktor veterinar

Tambah beliau, pemeriksaan sebanyak dua kali setahun dapat membantu pemilik mengetahui lebih lanjut tentang haiwan kesayangan mereka, dari segi kesihatan, keperluan nutrisi, tabiat dan minat.

“Pemeriksaan berjadual juga boleh mengenalpasti situasi medikal lebih awal, dan mencegah sesetengah penyakit daripada menjadi lebih teruk,” jelas Dr. Kavindran.

Royal Canin turut menyarankan pemilik haiwan peliharaan membuat temujanji terlebih dahulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika membawa haiwan peliharaan berjumpa doktor.

Kempen yang bermula dari 1 Jun hingga 30 November 2021 itu turut pelbagai aktiviti dan hadiah menarik antaranya:

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Take Your Pet to The Vet, aktiviti yang bakal diadakan dan informasi penjagaan haiwan, layari laman web https://www.royalcanin.com/my/take-your-pet-to-the-vet. Layari juga laman web rasmi Royal Canin Malaysia di www.royalcanin.com/my untuk maklumat lanjut tentang jenama dan tawaran produk.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!