5 Cara Berkesan Kenalkan Si Meow Di Rumah Dengan Kucing Baru );

Type to search

Cattiviti Haimeow

5 Cara Berkesan Kenalkan Si Meow Di Rumah Dengan Kucing Baru

Share

Seorang pencinta kucing sangat prihatin akan nasib kucing di jalanan dan sering tergerak untuk membawa pulangnya ke rumah kerana mengenangkan si meow yang bernasib malang.

Namun begitu, kebiasaannya kucing peliharaan di rumah pasti akan merasa kurang senang apabila melihat kucing lain dibawa pulang.

Maklumlah, setelah sekian lama menjadi kucing kesayangan di rumah, tiba-tiba datang pula seekor kucing asing yang tidak diketahui. Hah, memang ribut la jadinya kan?

Berikut merupakan 5 langkah untuk kenalkan kucing anda dengan kucing lain yang dibawa pulang.

 

Pastikan Ruang Mencukupi

si meow

Ruang yang luas dan selesa perlu disediakan sekiranya anda ingin membela lebih dari seekor kucing di rumah.

Setidak-tidaknya, berikan mereka ruang ‘wilayah’ sendiri sebelum boleh mula mengenali bau dan rupa satu sama lain. Kebiasaannya kucing akan marah apabila ‘wilayahnya’ dicerobohi kucing lain dan ianya boleh mengundang pertelingkahan antara mereka.

Sebaiknya, asingkan mereka terlebih dahulu dan berikan kawasan seluas kira-kira 6meter persegi untuk setiap kucing.

 

Bahagikan Masa dan Layanan Sama Rata

si meow

Kucing yang baru ingin mengenali satu sama lain berpotensi untuk memiliki perasaan cemburu jika layanan dan masa yang diberi tidak sekata.

Jangan pelik kalau si meow pun boleh ada perasaan cemburu tau!

Jika anda hanya mengutamakan si meow yang baru dibawa pulang, ianya pasti dicemburui kucing asal kerana kasih sayang yang selama ini dimiliki kini sudah berkurangan secara tiba-tiba.

Luangkan masa sekitar 20 minit atau sekurang-kuranya dua kali sehari untuk bermain dengan kucing anda. Sekiranya mereka tidak dapat bermain bersama, pastikan anda bijak membahagikan masa.

 

Pastikan Si Meow Diberikan Bekas Makanan & Minuman Berasingan

si meow

Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda menyediakan makanan dan minuman mereka dalam satu bekas yang sama.

Untuk permulaan, si meow biasanya kurang gemar untuk berkongsi segala apa yang dimilikinya sebelum ini.

Ianya termasuklah bekas makanan dan juga tempat tidur mereka!

 

Mula Menghubungkan Mereka Melalui Bau

si meow

Benarkan kedua kucing saling mencium bau melalui celah di bawah pintu, tetapi jangan biarkan sebarang hubungan fizikal berlaku. 

Bawa mainan atau tikar yang digunakan kedua kucing untuk membiasakan diri dengan bau baru dan tinggalkan di kawasan masing-masing untuk beberapa tempoh masa sebelum mula menemukan satu sama lain.

Menurut pakar, anda boleh cuba mengelap kedua kucing dengan tuala yang sama untuk mencampurkan baunya. Penggunaan tuala yang sama akan meninggalkan kesan bau kedua kucing tersebut dan mereka akan lebih mengenali satu sama lain melaluinya. 

 

Berikan Mereka Ruang Berinteraksi

si meow

Setelah selesai melakukan kesemua langkah di atas, kini tiba masanya detik pertemuan buat kedua ekor kucing anda.

Letakkan kedua kucing di dalam bilik di mana anda boleh mengawasinya dan biarkan kedua-duanya bertemu selama kira-kira 10 minit untuk pertemuan pertama.

Proses perkenalan boleh memakan masa berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan.

Jadi seeloknya jangan tergesa-gesa dan berikan mereka ruang dan masa secukupnya untuk berdamai dan saling menerima satu sama lain.

 

Sumber: wikihow

 

Baca: 6 Tanda Kucing Dalam Fasa Mengawan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!