Kenapa Kucing Suka Menyorok Walaupun Sudah Sediakan Tempat yang Selesa? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kenapa Kucing Suka Menyorok Walaupun Sudah Sediakan Tempat yang Selesa?

Share
menyorok

Kucing suka menyorok di dalam barang-barang seperti kortak, plastik, almari atau pun beg yang besar. Mungkin ada di antara kucing korang juga suka sembunyikan meja kopi atau bawah sofa.

Mesti ada di antara korang terfikir mengapa si meow suka menyorok walaupun sudah menyediakan tempat yang selesa untuk mereka. Hai Meow ada penjelasannya.

1. Si bulus bunting

Kucing yang mengandung dan menunggu hari untuk beranak akan mula mencari privasi dengan menyorok di tempat yang selamat baginya.

Mungkin anda yang tidak perasan bahawa kucing anda mengandung boleh mula mengesyaki dan membuat pemeriksaan lanjut apabila ada symptom seperti ini.

BACA JUGA: Tanda-tanda kucing bunting

2. Sedang sakit

Kucing selalu bersembunyi apabila berada dalam kesakitan. Jika kucing anda sedang sakit, kemungkinan dia akan bersembunyi di dalam almari, di bawah katil atau perabot lain.

Jadi untuk lebih selamat, bawa segera kucing anda berjumpa veterinar.

3. Ada kucing baru di rumah

Kucing mempunyai rasa senstitif yang sangat tinggi. Mereka akan mudah merasa tergugat apabila ada kehadiran kucing baru kerana mereka khuatir jika mereka sudah tidak mendapat perhatian dari tuannya.

Jadi mereka  mungkin menunjukkan rasa protes mereka.

4. Berada di tempat baru

Apabila kucing berada di tempat baru seperti ketika di hantar boarding atau di bawa pulang ke kampung, mereka lebih suka mengambil masa sedikit untuk mula meng ”explore” tempat baru. Si bulus sangat sensitif kepada perubahan.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!