Kucing Sebenarnya Dengar & Tahu Kita Panggil Mereka, Tapi Kenapa Mereka Tidak Menyahut? );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kucing Sebenarnya Dengar & Tahu Kita Panggil Mereka, Tapi Kenapa Mereka Tidak Menyahut?

Share
peluk kucing

Pasti anda banyak kali pernah memanggil kucing anda dan mengharapkan bahawa ia menyahut kan?

Alangkah indahnya perasaan ketika si bulus menoleh ketika memanggilnya, lebih-lebih lagi jika ia datang kepada kita.


Baca Juga: Beri Perhatian Lebih Pada Kucing Yang Sudah Tua, Ini 5 Penyakit Biasa Yang Sering Dialami ‘Senior Cat’


Tetapi perkara itu jarang sangat berlaku. Mengapa si manja jarang menyahut apabila ia dipanggil? Adakah ia sengaja buat-buat tak dengar?

 

Bolehkah si bulus dengar panggilan anda?

Jika si bulus anda menghiraukan anda, ia bukan kerana ia tidak dapat mendengar anda. Kajian menunjukkan bahawa si manja sebenarnya boleh mengenali suara pemiliknya.

Satu kajian yang memerhatikan 20 ekor kucing rumah selama lapan bulan mendapati bahawa 50 hingga 70 peratus kucing menoleh apabila mendengar suara pemiliknya dan 30 peratus menggerakkan telinga mereka.

Apabila si comel memalingkan kepala mereka atau menggerakkan telinga mereka, ia menunjukkan bahawa ia mendengar dan mengenali suara manusia. Reaksinya bagaimanapun, adalah sangat tidak ketara dan tidak begitu jelas.

 

Adakah kucing memahami tuannya?

Walaupun kucing boleh mendengar dan mengenali suara kita, masih tidak dipastikan sama ada mereka benar-benar memahami bahasa manusia. Si bulus makan kerana ia lapar, bukan kerana manusia memberitahunya “nah, makan ni”.

Ia juga mungkin akan datang apabila dipanggil kerana ia memerlukan sesuatu atau ia sangka anda mahu memberinya sesuatu yang menarik.

Kucing

Kenapa si comel anda tidak menyahut panggilan?

Adalah penting untuk memahami cara kucing berkomunikasi dan juga cara mereka tidak berkomunikasi. Berbeza dengan anjing yang dilatih untuk berkomunikasi dengan manusia secara aktif melalui salakan, mengeluarkan lidah, dan juga gaya tubuh, kucing tidak dilatih seperti itu.

Si manja nampak seolah-olah mengabaikan manusia kerana mereka tidak dilatih untuk mendengar dan patuh kepada arahan seperti anjing. Kerana tingkah lakunya adalah berdasarkan naluri kelangsungan hidup di alam semula jadi, mereka tidak akan berkomunikasi jika tiada keperluan.

Ibu kucing di jalanan hanya akan menggunakan komunikasi vokal dengan anak kucing mereka sebagai amaran kepada bahaya. Sekiranya tidak ada bahaya atau keperluan untuk berkomunikasi, kucing benar-benar tidak akan mengiau. Oleh itu, jika anda memanggil si bulus tetapi mereka tidak memerlukan apa-apa daripada anda pada masa itu, mereka mungkin tidak akan bertindak balas.

Tetapi jangan risau, si manja anda sayangkan anda. Cuma, ia adalah haiwan yang pandai berdikari dan tidak akan menyusahkan diri mereka untuk menyahut panggilan anda jika tiada keperluan.

Oscar, berumur 8 tahun, kini sudah pulang ke rumah bersama tuannya.

Bolehkah melatih si bulus untuk menyahut?

Agak sukar sebenarnya untuk melatih si manja kerana ia memerlukan usaha yang lebih berbanding anjing yang secara automatik akan mengikut kata-kata anda. Cara terbaik ialah dengan menawarkan sesuatu yang ia mahukan, seperti treats. Jika anda hanya menggunakan suara yang lembut dan manja sahaja, lupakan saja.

‘Goda’ kucing anda dengan treats atau makanan basah yang digemarinya apabila anda mahu memanggilnya. Jika anda sentiasa ‘merasuah’nya dengan makanan atau perkara yang disukai apabila memanggilnya, ia akan set dalam kepalanya bahawa setiap kali anda memanggilnya, ia akan mendapat sesuatu yang ia suka.

Sumber: Cuteness

Baca Juga: Kajian Buktikan Kucing Miliki Ikatan Kuat Terhadap Tuannya Sama Seperti Bayi Dan Ibu Bapanya, Anjing Dan Tuannya


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

5 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!